KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan Pindaan Akta Kerja 1955 (EA 1955) dari 1 Sept kepada 1 Jan depan akan membolehkan majikan mempunyai lebih banyak masa dalam memastikan pelaksanaannya dijalankan dengan lebih teratur dan lancar, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).
Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dalam kenyataan hari ini berkata pelaksanaan pindaan EA 1955 perlu dilakukan dengan betul kerana ia akan melibatkan semua pekerja di sektor swasta, yang dianggarkan lebih 10 juta pekerja.
Beliau berkata sehubungan itu perancangan yang tersusun bagi pelaksanaan pindaan akta itu akan mengambil masa, kerana kejayaan pelaksanaan apa jua rancangan adalah bergantung dalam butirannya.
Pada 26 Ogos lepas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan mengumumkan bahawa penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955 untuk memperuntukkan waktu kerja yang lebih pendek telah ditangguhkan kepada 1 Jan depan.
Selain mengurangkan waktu bekerja daripada 48 kepada 45 jam seminggu, pindaan itu juga menyaksikan peningkatan jumlah cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, dan cuti paterniti daripada tiga hari kepada tujuh hari.
Syed Hussain berkata pindaan itu mempunyai implikasi kos yang besar sehingga RM110 bilion setahun kepada perniagaan dan ia memerlukan perniagaan mempunyai garis panduan dasar dan prosedur untuk dirangka bagi pematuhan.
"Pihak industri menghadapi kekurangan kira-kira 1.2 juta pekerja, dan ketibaan kira-kira 47,000 pekerja asing baharu setakat ini sememangnya tidak mencukupi," katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap langkah proaktif Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan permohonan pekerja asing terus dibuka walaupun semasa sistem memproses permohonan pekerja asing baharu sedang dirombak.
Beliau berkata usaha menangani kekurangan tenaga kerja adalah penting untuk pemulihan industri dan memberi industri sedikit ruang akan membantu menyelesaikan kekurangan tenaga kerja.
"Keputusan kementerian juga akan meningkatkan keyakinan pelabur, tempatan dan asing, di samping mengekalkan mengekalkan daya saing," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022

Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dalam kenyataan hari ini berkata pelaksanaan pindaan EA 1955 perlu dilakukan dengan betul kerana ia akan melibatkan semua pekerja di sektor swasta, yang dianggarkan lebih 10 juta pekerja.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF
Katanya, kegiatan buli kini semakin parah apabila cara lama membuli kini diperluaskan kepada bentuk baharu, iaitu buli di alam siber.

MEF bantah kenaikan yuran Fomema, pemeriksaan perubatan pekerja asing makin kerap
MEF berkata syarikat-syarikat hanya mengetahui tentang kenaikan yuran dan kekerapan pemeriksaan apabila melawat laman web Fomema.

MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih
MEF tidak bersetuju syarikat swasta diwajibkan membayar elaun kepada pelatih industri, sebaliknya perlu mengikut budi bicara mereka.

Bukan masa sesuai tingkatkan umur persaraan - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya usia persaraan di sektor lain turut ditingkatkan kepada 61 tahun.

Insentif Kerjaya Madani 2023 galak majikan menggaji kumpulan sasar - MEF
Syed Hussain berkata, hal ini dapat menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi dan meningkatkan keyakinan pelabur.

MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula
MEF menyeru agar dasar pengeluaran KWSP dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.

Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF
Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
Shamsuddin berkata jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.

MEF cadangkan rangka kerja komprehensif bagi kekalkan bakat Malaysia yang kembali di bawah REP
Syed Hussain menggesa kerajaan memberi perhatian khusus kepada mereka yang kembali bekerja di negara ini melalui program itu.