KANGAR: Polis menahan seorang mekanik motosikal dipercayai melakukan perbuatan khianat terhadap dua kereta milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling sehingga mengalami keretakan cermin hadapan dan kemek fender hadapan kereta itu hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki berusia 36 tahun itu yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor ditahan di tempat kerjanya di sebuah bengkel motosikal di sini kira-kira jam 4 petang tadi.
"Motif masih dalam siasatan. Polis turut merampas satu bata berwarna merah dipercayai digunakan suspek dalam kejadian ini, sebuah motosikal Honda Wave warna merah, sebuah helmet berwarna putih dan satu bingkai gambar berwarna merah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai kejadian khianat itu, Yusharifuddin berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada ADUN berkenaan pada jam 9.22 pagi tadi setelah keretanya jenis Nissan Grand Livina retak pada cermin sebelah kiri pemandu manakala sebuah lagi kereta jenis Toyota Altis kemek pada bahagian fender sebelah kanan pemandu.
Dalam pada itu, Gan, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perlis, memberitahu media bahawa kejadian berlaku pada jam 2.40 pagi ketika beliau berada di rumah dan terdengar bunyi hempasan pada kereta yang diletakkan di parkir halaman rumahnya.
Sebelum keluar dari rumahnya untuk melakukan pemeriksaan, katanya beliau terdengar bunyi motosikal tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024

Gan memberitahu media bahawa kejadian berlaku pada jam 2.40 pagi ketika beliau berada di rumah dan terdengar bunyi hempasan pada kereta yang diletakkan di parkir halaman rumahnya. - Gambar Sinar Harian

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Mekanik ditahan, disyaki lakukan khianat terhadap kereta ADUN Indera Kayangan
Polis menahan seorang mekanik motosikal dipercayai melakukan perbuatan khianat terhadap dua kereta milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling.