MELAKA: Seorang mekanik lima anak berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas tuduhan memeluk seorang remaja perempuan dalam keadaan tidak berbaju.
Hakim Darmafikri Abu Adam bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap Mohd Rizuan Abd Razak, 43, pada 28 November depan bagi menunggu laporan penuh fakta kes daripada pihak pendakwaan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai mekanik telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sembilan bulan dalam keadaan tidak berbaju bagi maksud seksual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Batu Berendam di sini, kira-kira jam 1.20 pagi pada 9 Oktober lalu.
Kesalahan dilakukan tertuduh dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Difahamkan tertuduh telahpun berkahwin dan mempunyai lima orang anak itu baharu dua hari berkenalan dengan remaja terbabit menerusi aplikasi MiChat sebelum berjumpa di lokasi kejadian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 13 2023

Tertuduh yang bekerja sebagai mekanik telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sembilan bulan dalam keadaan tidak berbaju bagi maksud seksual. - Gambar/ Sinar Harian

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Warga emas dipenjara enam tahun, tiga sebatan lakukan amang seksual terhadap anak saudara
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya.

'Bomoh' muda mengaku salah lakukan amang seksual
Seorang 'bomoh' muda mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.

OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.

Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah PPR di Cheras pada 11.30 pagi, 25 Dis lalu.

Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan
Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.