Angkara balas dendam, seorang mekanik maut ditetak dalam kejadian di bengkel mengecat kereta miliknya di Bandar Amanjaya Zon Anggerik sekitar pukul 12.40 tengah malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan tangan.
Menurut Adzli, mangsa diserang beberapa individu kemungkinan bermotifkan balas dendam.
Katanya, mangsa diserang menggunakan senjata tajam dan polis percaya kejadian tiada kaitan dengan kes rompakan.
Polis masih menyiasat motif kejadian dan mengesan seorang saksi yang berada di lokasi dipercayai pekerja bengkel kereta bagi membantu siasatan.
Adzli berkata, ketika kejadian, mangsa yang mengalami kecederaan parah cuba melarikan diri ke kedai besi bersebelahan sehingga mengejutkan dua pekerja warga asing yang sedang tidur.
Bagaimanapun, setelah dua pekerja asing itu memeriksa kawasan sekeliling mereka menemui mangsa yang sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Katanya, hasil semakan rekod lampau menunjukkan mangsa mempunyai tiga rekod lampau berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Sep 12 2020

Ketika kejadian, mangsa yang mengalami kecederaan parah cuba melarikan diri ke kedai besi bersebelahan sehingga mengejutkan dua pekerja warga asing yang sedang tidur. - Gambar hiasan

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Bapa rayu anak perempuan 14 tahun pulang ke pangkuan keluarga
Sofea Auni Adilah telah keluar dari rumah di Bandar Amanjaya, Sungai Petani kira-kira pukul 8.30 malam pada Selasa lepas.

Limpahan air bercampur najis masuk rumah
Penduduk, Muhammad Khairul Hafizi Mohidin, 29, mendakwa, kejadian pada jam kira-kira 3 pagi Jumaat itu merupakan terburuk dan pernah berlaku pada 2020.

Mekanik maut ditetak di Bandar Amanjaya
Mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan tangan.

Kompleks Litar Sukan Bermotor bukti janji ditepati
Pembinaan Kompleks Litar Sukan Bermotor negeri di Bandar Amanjaya dekat sini, yang dijadual bermula pertengahan September ini jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam menepati janji.