KUALA LUMPUR: Satu mekanisme baharu diperlukan untuk melawan kegiatan cetak rompak yang masih berleluasa hingga ke hari ini.
Menurut sarjana dan pengarah filem tersohor, Profesor Mahadi J Murat, antara kaedah yang boleh digunakan ialah menjual hasil karya dengan harga yang rendah.
Menurut beliau, dengan jualan harga murah, barangkali menjadi salah satu cara untuk bersaing dengan barangan cetak rompak.
Dr Mahadi menjelaskan, kaedah berkenaan boleh dilaksanakan selepas selesai setiap karya seperti filem diedar atau memasuki panggung.
"Dahulu ada tuduhan bahawa pengedar panggung wayang merupakan pihak yang bertanggungjawab membuat salinan cetak rompak.
"Saya mencadangkan supaya kita sebagai pengeluar, kita mengedarkan karya secara formal mengikut kaedah pengedaran karya secara biasa.
"Tetapi pada masa sama setelah kita habis pusingan kita mengedar karya atau filem kita, kita boleh menjual produk kita dengan harga yang murah, dengan harga yang sama dengan harga yang ditawarkan oleh pihak yang menjadi 'lanun'," katanya kepada Astro AWANI.
Mnegulas lanjut, Dr Mahadi berpendapat, selain penguatkuasaan yang longgar, teknologi digital juga memudahkan aktiviti cetak rompak.
Justeru beliau mencadangkan agar satu mekanisma baharu diwujudkan bagi mengatasi kegiatan cetak rompak secara digital.
"Untuk menghadapi keadaan ini kita perlu mewujudkan satu mekanisme yang seimbang di antara para pengkarya dan pemilik karya.
"Selain itu, situasi itu perlu diwujudkan antara pengkarya dan pelanggan yang menjadi pelanggan kepada produk yang dihasilkan oleh seseorang karyawawan, penulis atau pencetus sesuatu karya kreatif," katanya lagi.
Baru-baru ini, seorang pengarah syarikat didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah memiliki enam kotak media yang mempunyai perisian tidak sah mengikut Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
** Astro AWANI kini dalam usaha membantu industri seni tanah air membanteras cetak rompak menerusi kempen #NoToLanun. Berikan pandangan anda menggunakan tanda pagar #NoToLanun & #StopPiracyLah jika anda ingin bersama-sama membantu menyelamatkan industri seni tempatan.
Irwan Muhammad Zain
Fri Feb 26 2021

Profesor Mahadi J Murat berpendapat, selain penguatkuasaan yang longgar, teknologi digital juga memudahkan aktiviti cetak rompak. - Gambar Facebook Mahadi J Murat

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.

#NoToLanun: Didik keburukan 'mencuri' sejak kecil - Sheila Rusly
Sheila Rusly berpendapat ibu bapa perlu memberikan pendidikan kepada anak-anak tentang keburukan mencuri sejak mereka kecil lagi.

Kukuhkan 'home cinema', hasilkan karya sesuai citarasa penonton lawan cetak rompak
Penonton sebenarnya tidak kedekut untuk mengeluarkan wang namun akses kepada karya itu perlu mudah dengan kualiti yang menepati citarasa.

#NoToLanun : Lelaki pertonton filem tanpa kebenaran ditahan
KPDNHEP menahan seorang lelaki menahan seorang lelaki kerana disyaki menyebabkan karya filem dipertunjukkan di hadapan awam tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

#NoToLanun: Kepesatan teknologi antara cabaran utama perangi cetak rompak
Situasi itu mendambakan kerjasama lebih erat antara semua pihak berkepentingan termasuklah kerajaan, dan penggiat seni.

Tegas tangani cetak rompak, sama macam tangani kesalahan langgar SOP - Siti Rosmizah
Novelis dan penulis skrip Siti Rosmizah berpendapat, hanya undang-undang ketat mampu membawa perubahan pada isu cetak rompak.

Jenayah cetak rompak perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran - David Teo
Sukatan mata pelajaran pendidikan negara perlu ditambah baik dengan memasukkan elemen mengenai cetak rompak sebagai usaha memerangi jenayah itu.

#NoToLanun: Muat naik secara haram? Anda sedang diperhatikan! - Finas
Finas dan agensi berkaitan telah mengesan sumber dan lokasi tempat tinggal individu yang terbabit termasuk aktiviti memuat naik dan berkongsi di laman sosial.

#NoToLanun: "Orang ramai tak sedar mereka mencuri, anggap karya seni semuanya percuma" - Rosyam
Rosyam Nor berpendapat, masalah cetak rompak sebetulnya berakar umbi pada ketiadaan penguatkuasaan yang tegas oleh pihak berwajib.

Cetak rompak: Apa kesudahannya?
Malaysia seharusnya bertindak lebih tegas dengan menyekat akses internet kepada domain-domain yang dikaitkan dengan laman penstriman filem cetak rompak.

#NoToLanun: Hasilkan karya bermutu untuk dihormati masyarakat dan elak cetak rompak - Mamat Khalid
Menurut pengarah Mamat Khalid, dengan rasa hormat itu, ia boleh memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak membeli barangan cetak rompak.