Mekanisme deklarasi harta oleh anggota pentadbiran kerajaan masih dalam peringkat perbincangan, dan keputusan muktamad hanya akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) yang akan datang.
Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata aspek deklarasi harta oleh anggota pentadbiran adalah antara perkara yang akan dibincangkan dengan terperinci pada mesyuarat itu, yang dijangka diadakan sebelum persidangan Parlimen bermula.
"Pada mesyuarat JKKMAR pada 8 Jun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah menzahirkan komitmen beliau dan kerajaan untuk membincangkan perkara berkaitan dengan mekanisme deklarasi harta dan pemberian hadiah dalam kadar yang segera," katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata perdana menteri juga mencadangkan supaya maklumat deklarasi harta oleh anggota-anggota pentadbiran kepadanya turut diserahkan kepada agensi-agensi pencegahan rasuah.
"Sehubungan itu, GIACC mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan dan input bagi mewujudkan mekanisme yang lebih efektif berkaitan dengan deklarasi harta oleh anggota pentadbiran," katanya
Abu Kassim berkata GIACC juga akan mengadakan sesi perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas untuk mewujudkan mekanisme yang lebih baik dan komprehensif.
"GIACC yakin kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak akan membantu mencapai objektif membebaskan negara daripada masalah rasuah," katanya.
Beliau berkata pihaknya turut mengalu-alukan reaksi dan maklum balas yang dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk parti-parti politik dan pertubuhan masyarakat sivil berkenaan dengan mekanisme deklarasi harta oleh anggota pentadbiran.
Pada 1 Jun lepas, Dr Mahathir telah bersetuju untuk menubuhkan GIACC bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah di negara ini dengan melantik Abu Kassim, yang merupakan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menerajui GIACC.
GIACC akan bertanggungjawab dalam merancang, menggubal strategi dan menilai dasar dalam memastikan semua urusan kerajaan dilaksana berteraskan tadbir urus baik, integriti dan tiada toleransi kepada perbuatan rasuah.
Antara tugas awal GIACC yang dipersetujui perdana menteri adalah memastikan 21 janji berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah yang terdapat dalam manifesto kerajaan diberi tumpuan khusus untuk dilaksanakan dalam fasa-fasa tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 10 2018
Abu Kassim berkata pihaknya mengalu-alukan reaksi dan maklum balas yang dibuat pelbagai pihak, termasuk parti politik dan pertubuhan masyarakat sivil berkenaan dengan mekanisme deklarasi harta oleh anggota pentadbiran. - Gambar fail
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Rasuah: Agensi kerajaan berisiko rendah perlu ada pelan pencegahan - Abu Kassim
Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pelan sebegitu cukup penting sebagai langkah proaktif bagi memastikan isu governans, integriti dan rasuah dikendalikan secara pencegahan.
PM hargai sumbangan Abu Kassim perangi rasuah
Tan Sri Muhyiddin zahirkan penghargaan beliau atas segala usaha dan sumbangan KP Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
Dana jaga kebajikan petugas agensi antirasuah dilancar esok
Inisiatif Malaysia, 'Perdana International Anti-Corruption Champion Fund (PIACCF),' akan dilancarkan esok untuk menyalurkan bantuan kepada petugas agensi antirasuah di seluruh dunia.
Warga SPRM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Said
Ahmad Said memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula dari 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Seksyen 17A Akta SPRM: Rundingan sedang berjalan
Sesi rundingan dan penerangan sedang dilakukan bagi memberi pemahaman kepada pihak terlibat terutama syarikat komersil sebelum Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikuatkuasa.
Peruntukan khusus isytihar harta digubal tahun depan - Abu Kassim
Jelasnya, inisiatif yang dilakukan kini juga sebahagian daripada proses menjadikan pentadbiran negara lebih telus.
Abu Kassim dedah pernah dilabel sebagai pembelot negara
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bentuk ancaman diterimanya ketika menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2014 hingga 2015.
Ahli politik perlu bebas rasuah - Abu Kassim
Beliau berkata, ia kerana kegiatan rasuah terbesar dalam negara dipercayai melibatkan ahli politik selain berlaku dalam kalangan pengurusan parti politik itu sendiri.
'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah
Shukri berkata beliau bukannya meletak jawatan atau diarahkan meninggalkan SPRM kerana menutup beberapa 'fail' berprofil tinggi.