JASIN: Kerajaan negeri sedang membentuk Ahli Dewan Undangan Belia bermula Jun ini, bagi mengangkat suara belia dan terlibat sama dalam memberi pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan di peringkat kerajaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata perkara itu antara usaha bagi menyokong pembangunan belia Melaka, dengan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh pihak terlibat agar aspek kepentingan belia terus dijaga.
Kewujudan peringkat Parlimen Belia Malaysia ini akan diterjemahkan kepada Ahli Dewan Undangan Belia negeri dan kita sedang membuat cadangan, bagi memastikan perkara berkenaan dapat direalisasikan.
"Selain itu ia juga boleh menjadi platform menjana pemimpin masa depan, platform orang muda menyuarakan aspirasi mereka terhadap kepimpinan, di samping melahirkan apa juga cita rasa orang muda untuk dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan negeri Melaka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyempurnakan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat negeri di Stadium Mini Jasin dan turut di hadiri Exco Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri V P Shanmugam dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka Khairul Adri Rosli.
Ab Rauf berkata kerajaan negeri juga, akan terus menyokong usaha pembangunan belia di negeri itu, seperti inisiatif melantik wakil belia sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Melaka sebagai Ahli Majlis Turut Hadir, yang dicalonkan oleh pihak komuniti dan pelbagai usaha lain.
Beliau berkata Melaka juga telah bersiap sedia menjadi tuan rumah sambutan HBN 2024 peringkat kebangsaan minggu hadapan, yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Banda Hilir dengan memberikan kemudahan dan infrastruktur terbaik, selain menyifatkan penganjuran itu satu pengiktirafan besar kepada kerajaan negeri.
Pada majlis itu beliau turut menyampaikan anugerah kepada pemenang Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2024, iaitu johan kategori individu lelaki dimenangi Mohd Firdaus Baharuddin, kategori individu wanita diraih G Durgashini, manakala kategori pertubuhan belia menjadi milik Junior Chamber International Malacca City Entrepreneur (JCI MCE).
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) bergambar bersama para peserta selepas menyempurnakan perasmian sambutan Hari Belia Negara 2024 peringkat negeri di Stadium Mini Jasin hari ini. - Foto BERNAMA
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Melaka angkat suara golongan muda, bentuk Ahli Dewan Undangan Belia
Kerajaan negeri sedang membentuk Ahli Dewan Undangan Belia bermula Jun ini, bagi mengangkat suara belia dan terlibat sama dalam memberi pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan di peringkat keraja