MELAKA: Kerajaan Melaka menerusi Institut Warisan Melaka (Inswa) akan menganjurkan Hari Kebaya selama tiga hari dua malam, sempena Tahun Melawat Melaka (TMM2024) pada tahun hadapan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, penganjuran Hari Kebaya itu, bertujuan mengangkat seni kebaya yang sinonim dengan masyarakat peranakan iaitu Baba dan Nyonya, Chetti dan Portugis di negeri itu.
"Masyarakat Baba dan Nyonya, Chetti dan Portugis di Melaka, mempunyai keunikan pakaian kebaya tradisional masing-masing yang masih diperagakan sehingga hari ini.
"Pada penganjuran Hari Kebaya itu nanti, orang ramai diminta memakai pakaian kebaya bagi memeriahkan pelbagai pengisian yang akan dijalankan sepanjang tiga hari program berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Festival Antarabangsa Masyarakat Peranakan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) 2023 yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Abdul Rahman.
Ab Rauf berkata, Hari Kebaya berkenaan dianjurkan di bawah sub-sektor kebudayaan, selaras dengan usaha kerajaan negeri memartabatkan setiap kebudayaan yang ada dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri itu.
"Kerajaan negeri akan sentiasa menyokong dan mendukung kepelbagaian inisiatif dan program melibatkan budaya dan warisan masyarakat peranakan di Melaka, bagi mengelak terhapusnya budaya dan warisan yang cukup bernilai daripada komuniti unik ini," katanya.
Beliau berkata, usaha itu juga dilihat dapat membantu pengusaha kebaya meningkatkan jualan mereka, selain menggalakkan masyarakat Melaka berbilang kaum menghargai seni kebaya yang dihasilkan.
"Pelbagai aktiviti atau pengisian menarik turut dijalankan sepanjang tiga hari penganjuran Hari Kebaya itu, antaranya persembahan seni dan budaya, masakan dan gaya hidup masyarakat peranakan di Melaka," katanya.
Mengulas mengenai Festival Antarabangsa Masyarakat Peranakan IMT-GT 2023, beliau berkata, ia dianjurkan untuk memperkenal, memberi pendedahan dan menghidupkan semula seni warisan masyarakat peranakan, yang terdapat di tiga negara berkenaan kepada generasi muda hari ini.
Antara pengisian program termasuklah bengkel seni tari masyarakat peranakan, demonstrasi masakan kaum peranakan dan persembahan kebudayaan sepanjang tiga hari festival berkenaan. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2023

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua, kanan) menyempurnakan simbolik perasmian penutup Festival Antarabangsa Masyarakat Peranakan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) 2023 di Melaka malam tadi. - Gambar Bernama

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad
Satu lagi bom tinggalan Perang Dunia Kedua di Sabah dimusnahkan
Bahan letupan jenis lama 'Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb' yang dipercayai masih aktif, dimusnahkan dengan tiga kali letupan secara berperingkat mulai jam 11.55 pagi hingga 1.25 tengah hari semalam.
Khaled Nordin lawat Kapal Pengangkut Pesawat Tentera Laut Perancis CDG
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Ahad melakukan lawatan ke kapal pengangkut Pesawat Tentera Laut Perancis Charles de Gaulle (CDG) yang sedang melalui perairan negara di Laut China Selatan.
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan sempena Aidilfitri dan nyepi
Dengan jutaan rakyat Indonesia bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri, kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Tiada perbincangan dengan Zelenskiy selepas pertemuan - AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, mengesahkan bahawa beliau belum berbincang dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, sejak pertemuan di Pejabat Oval pada Jumaat lalu bersama Presiden Donald Trump.
Rubio turut memaklumkan bahawa beliau belum berhubung dengan Menteri Luar Ukraine, selepas pertemuan di White House yang berlangsung dalam suasana tegang.
Rubio turut memaklumkan bahawa beliau belum berhubung dengan Menteri Luar Ukraine, selepas pertemuan di White House yang berlangsung dalam suasana tegang.
UK, Perancis bekerjasama dengan Kyiv rangka pelan damai Ukraine - Starmer
Perdana Menteri Britain Keir Starmer mengumumkan bahawa United Kingdom (UK) dan Perancis akan bekerjasama dengan Ukraine untuk merangka pelan damai yang akan dikemukakan kepada Amerika Syarikat (AS).

Melaka anjur Hari Kebaya sempena TMM2024
Penganjuran Hari Kebaya bertujuan mengangkat seni kebaya yang sinonim dengan masyarakat peranakan Baba dan Nyonya, Chetti dan Portugis di negeri itu.