MELAKA: Manuskrip Hikayat Hang Tuah bertarikh 1758 antara artifak dan bahan sejarah yang bakal dipamerkan kepada pengunjung sempena Pameran Hang Tuah selama sebulan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Jun depan.
Exco Pelancongan Warisan Seni dan Budaya Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata pameran anjuran kerajaan negeri itu mampu menarik kunjungan orang ramai bagi melihat lebih dekat penemuan terbaharu mengenai Hang Tuah.
"Saya bersama Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh baharu sahaja balik dari Amsterdam, Belanda bagi melihat hasil penemuan terbaharu tentang Hang Tuah dan setelah kita lakukan kajian dan mencari penemuan yang kukuh mengenai Hang Tuah, ia akan dipamerkan pada program tersebut," katanya kepada pemberita semalam.
Terdahulu beliau mengiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam melawat kapal layar tradisional China terbesar di dunia 'Fu Ning' di Pelabuhan Tanjung Bruas di sini.
Dalam pada itu Abdul Razak berkata pihaknya akan berbincang dengan pengurusan kapal layar berkenaan untuk membenarkan pengunjung melihat secara lebih dekat keunikan seni bina kapal tradisional itu.
"Besarlah harapan Melaka jika pihak pengurusan ini memberikan kita peluang tersebut dan ia dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya.
Kapal layar berukuran 41.6 meter (m) panjang, 12m lebar itu mempunyai ketinggian tiang utama 29m yang membawa sembilan kru dan 12 penumpang.
Pembinaan kapal Fu Ning adalah sebahagian daripada aspirasi pemilik kapal, Lin Chang Jiu untuk menghormati pencapaian Laksamana Cheng Ho dan menjejaki semula laluannya di sepanjang Jalan Sutera Maritim.
Kapal itu memulakan pelayarannya dari Huangpu, China pada 31 Jan lepas sebelum berlabuh di One15 Marina, Sentosa Cove, Singapura sempena Festival Kapal Layar Singapura sebelum berlabuh di Melaka pada 1 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Abdul Razak (dua, kiri) antara yang turut mengiringi Mohd Ali (enam, kiri) bergambar ketika mengadakan lawatan ke Kapal Layar Tradisional China Terbesar Di Dunia Fu Ning ke Melaka di Pelabuhan Tanjung Bruas di Melaka, semalam. --fotoBERNAMA
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Kerajaan Thai digesa runding pembebasan warga tempatan
Kerajaan Thailand digesa untuk segera runding pembebasan warga tempatan yang berada dalam tahanan Hamas.
Pemeriksaan telefon bimbit hanya terhadap individu disyaki, bukan secara rambang - KPN
Polis hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes.
Melaka anjur pameran Hang Tuah Jun ini
Pameran anjuran kerajaan negeri itu mampu menarik kunjungan orang ramai bagi melihat lebih dekat penemuan terbaharu mengenai Hang Tuah.