MELAKA: Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) akan membangunkan muzium secara maya yang menghimpunkan kira-kira 26,000 artifak dan dokumen bersejarah terdapat di negeri ini.
Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan negeri Datuk Zaidi Attan berkata pelaksanaan program menerusi pelan strategik muzium itu, telah bermula sejak bulan lepas dan dijangka akan siap secara keseluruhan pada Disember 2027.
"Muzium maya ini berkonsepkan 'mimpi, terokai dan temui', dan ia akan diselaraskan semula untuk didigitalkan supaya maklumat serta pameran lebih mudah untuk tatapan dan rujukan pengunjung.
"Ini juga antara usaha kita menambah baik dan menjadikan muzium di Melaka bertaraf dunia selain keunikannya tersendiri termasuk artifak tertua di negeri ini iaitu Port de Santiago yang wujud sejak 1513," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Banda Hilir di sini semalam.
Dalam pada itu, menurut Zaidi kerajaan negeri melalui Perbadanan Melaka (MCorp) sebagai agensi pelaksana akan menyelenggara bangunan Melaka Courthouse di Banda Hilir sebagai pusat warisan ketara dan warisan tidak ketara.
Selain itu, katanya beberapa bangunan dan tempat bersejarah lain turut akan dinaik taraf antaranya Muzium Rakyat, Muzium Samudera, Perigi Portugis, bangunan Munshi Abdullah, Masjid Kampung Kling dan tokong Cheng Hoon Teng.
"Penyelenggaraan ini termasuk peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan kerajaan negeri berjumlah kira-kira RM30 juta.
"Ia akan dibahagikan kepada empat agensi utama iaitu MCorp, Perzim, Jabatan Warisan dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi penyediaan pencahayaan, kemudahan fasiliti, baik pulih, promosi termasuk penyelenggaraan, yang juga sebagai persediaan Tahun Melawat Melaka 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Muzium maya berkonsepkan 'mimpi, terokai dan temui' dan akan diselaraskan semula untuk didigitalkan supaya maklumat serta pameran lebih mudah untuk tatapan dan rujukan pengunjung. - Gambar hiasan
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dakwaan syiling yang ditemui adalah palsu tidak benar
Mohammad Foad menafikan dakwaan beliau sengaja meletakkan syiling di Pulau Nangka bagi tujuan meraih penyambungan kontrak.