JASIN: Kerajaan negeri Melaka berhasrat untuk memperbanyakkan lagi kediaman berkonsep Rent to Own (RTO) atau skim sewa beli bagi projek perumahan golongan B40, supaya mereka mampu memiliki rumah sendiri.
Ketua Menteri Datuk Ab Rauf Yusoh berkata menerusi skim RTO di bawah pelarasan Lembaga Perumahan Melaka (LPM) itu, sehingga kini terdapat 1,150 rumah mengguna pakai konsep tersebut, membabitkan 1,100 rumah menerusi program Perumahan Rakyat (PPR) di Tehel dan Krubong, serta 50 rumah Sejahtera di Lipat Kajang.
"LPM akan mengenal pasti pemohon yang benar-benar layak untuk menerima keistimewaan tersebut dan melalui konsep RTO ini, semua pemohon layak untuk memiliki rumah berkenaan dengan setiap penerima perlu menjelaskan bayaran sewaan secara bulanan, pada kadar RM200 hingga RM300 tertakluk kepada harga rumah.
"Skim RTO ini juga dilaksanakan sebagai suatu bentuk kawalan terhadap pemilikan hartanah, agar penerima yang telah memilik rumah tersebut tidak menyalahguna dan menidakkan hak bagi golongan yang benar-benar memerlukan rumah, kerana tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berterusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Sejahtera Lipat Kajang, Merlimau dan turut dihadiri Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh dan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem.
RUMAH-RTO 2 (AKHIR) JASIN
Dalam pada itu Ab Rauf berkata projek Rumah Sejahtera yang mula dibangunkan pada 2017 itu, berjaya disiapkan selepas melantik kontraktor baharu selain memperolehi sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) pada 15 Mei lalu, selepas kontraktor asal gagal menyiapkannya kerana menghadapi masalah dalaman.
Sementara itu beliau turut mengucapkan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-56 Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), pada tahun ini.
"Selamat menyambut ulang tahun, semoga terus menjadi sumber berita rasmi yang telah menjadi rujukan untuk rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023

Ab Rauf berkata, LPM akan mengenal pasti pemohon yang benar-benar layak untuk menerima keistimewaan tersebut. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Melaka berhasrat perbanyak rumah RTO bantu golongan B40 miliki rumah
Ab Rauf berkata, LPM akan mengenal pasti pemohon yang benar-benar layak untuk menerima keistimewaan tersebut.