MELAKA: Kerajaan negeri akan memberi kebenaran warga petani yang berminat untuk mengusahakan aktiviti pertanian di tanah-tanah terbiar milik kerajaan terutamanya bagi tanaman kontan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata pembangunan tanah-tanah terbiar itu dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan hasil pengeluaran pertanian di Melaka sekali gus memastikan bekalan makanan dan keperluan penduduk mencukupi.
"Penggunaan tanah terbiar untuk pertanian adalah antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.
"Sehubungan itu saya, telah meminta Pejabat Tanah dan Galian di ketiga-tiga daerah mengambil maklum dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengusahakan tanah terbiar ini mengikut jenis tanaman yang mereka miliki," katanya kepada pemberita di Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) 2022 peringkat negeri dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah.
Program selama tiga hari yang bertemakan 'Pertanian Pemangkin Ekonomi Keluarga Malaysia' itu disertai seramai 92 pempamer dari seluruh Melaka serta dihadiri lebih 10,000 pengunjung.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata mengikut rekod yang dikeluarkan Jabatan Perangkawan Malaysia bagi Melaka pada tahun 2021, sektor pertanian berada di tempat ketiga tertinggi iaitu dengan 10.9 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
Katanya, kerajaan negeri juga sentiasa komited untuk memastikan Self Sufficiency Level (SSL) atau tahap sara diri pengeluaran hasil agro makanan Melaka terus dipertingkatkan bagi menampung keperluan bekalan makanan penduduk.
"Pencapaian semasa SSL Melaka bagi Telur Ayam (SSL 925.0 peratus), daging ayam pedaging (SSL 296.0 peratus), daging lembu /kerbau (SSL 32.0 peratus), sayur-sayuran (SS 20.0 peratus), buah-buahan (SSL 39.0 peratus) dan padi (SSL 11.0 peratus).
"Justeru, saya menyeru kepada semua warga tani untuk mengambil langkah proaktif agar pengeluaran hasil pertanian ladang, penternakan dan perikanan di negeri ini dapat ditingkatkan lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022

Sulaiman (tengah) menaiki kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) bagi penggunaan aktiviti pertanian yang dipamerkan sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Melaka di Ayer Keroh, 16 Julai 2022. --fotoBERNAMA

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.

Agong berkenan terima sembah taklimat MAIM
Pada majlis itu Al-Sultan Abdullah berkenan menerima laporan prestasi dan pencapaian MAIM sepanjang tempoh 2022.

Pertukaran Ketua Menteri Melaka tidak jejas persiapan UMNO berdepan PRN - Ahmad Maslan
Kemelut politik di Melaka membabitkan pertukaran Ketua Menteri negeri itu tidak menjejaskan persiapan UMNO untuk berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Di hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, ini rayuan Sulaiman Md Ali
Rakyat Melaka dirayu beri sokongan sama kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu termasuk Ketua Menteri.

Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri
Desas-desus mengatakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh.

"Keputusan lepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka hanya kerana desakan hati" - Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan langkahnya melepaskan jawatan sebagai ketua menteri dibuat tanpa desakan mana-mana pihak.

Sulaiman menangis tinggalkan pejabat rasmi Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucapan kepada kakitangannya pada hari terakhir memasuki pejabat di Kompleks Seri Negeri, hari ini.

Zahid sahkan UMNO cadang nama Ab Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu
Ahmad Zahid turut memaklumkan Sulaiman memberitahunya faktor kesihatan merupakan faktor beliau meletakkan jawatan.

Ketua Pembangkang DUN Melaka hormat keputusan Sulaiman letak jawatan
PN Melaka turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sulaiman atas jasa dicurahkannya sepanjang memegang jawatan itu.

Sah! Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka baharu Jumaat ini
Pejabat SUK Melaka mengesahkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka akan diadakan Jumaat.

Sulaiman, TYT masuk pejabat di Seri Negeri seperti biasa
Difahamkan beliau hadir ke pejabatnya hari ini untuk berjumpa kakitangan dan bukan meneruskan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka.