MELAKA: Kerajaan Melaka berharap Kementerian Perpaduan Negara mempertimbangkan untuk membina dan menempatkan replika Kapal Mendam Berahi di negeri itu menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan berkata kapal berkenaan yang dipercayai wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan tinggalan sejarah yang perlu diwarisi kepada generasi muda sekali gus boleh dijadikan satu daripada produk pelancongan di negeri itu.
"Seperti yang disebutkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dalam ucapan ketika lafaz perasmian tadi, beliau berharap satu replika Kapal Mendam Berahi dapat dibina di Klebang pada tahun hadapan.
"Kapal Mendam Berahi menunjukkan kehebatan dan kegemilangan bukan sahaja Kesultanan Melayu Melaka tetapi juga masyarakat Melayu pada zaman dahulu yang berupaya membina kapal gergasi yang amat digeruni pihak lawan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Seminar 'Kapal Mendam Berahi: Realiti atau Mitos?' oleh Mohd Ali di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Noridah Abdul Rahim.
Beliau berkata selain itu, Kapal Diraja (KD) Hang Tuah milik Tentera Diraja Laut Malaysia (TLDM) yang kini dijadikan muzium di Lumut, Perak dijangka turut dibawa ke Melaka sempena TMM 2024 dan akan ditempatkan di Klebang.
Dalam perkembangan lain, Zaidi berkata Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) sedang merangka dan meneliti penggunaan pas masuk yang membolehkan pelancong melawat ke semua muzium di bawah kendalian Perzim pada satu bayaran yang ditetapkan.
"Inisiatif ini untuk menggalakkan pelancong melawat ke lebih 20 muzium di bawah Perzim yang mempunyai pelbagai daya tarikan dan tinggalan sejarah yang boleh dihayati dan melihat secara dekat aset atau warisan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

Zaidi berkata kapal berkenaan yang dipercayai wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan tinggalan sejarah yang perlu diwarisi kepada generasi muda sekali gus boleh dijadikan satu daripada produk pelancongan di negeri itu. - fotoBERNAMA

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

TLDM laksana 615 operasi, pastikan semua aset berada di KOM sepanjang 2024
TLDM melaksanakan 615 siri operasi melibatkan enam operasi secara berterusan dan tiga operasi berkala selain memastikan aset pasukan itu berada di KOM sepanjang 2024.

Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.

645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.

Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.

KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.

Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.

Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.

'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.