JASIN: Kerajaan Negeri Melaka akan mengenal pasti produk pelancongan baharu di kawasan Parlimen dan daerah untuk diketengahkan bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sebagai contoh, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai di daerah Jasin dipilih untuk menjayakan Karnival D'Bendang yang bermula Jumaat lepas dan berakhir hari ini.
Beliau berkata selain itu, Parlimen Masjid Tanah juga mempunyai produk pelancongan baharu iaitu Cruise Sungai Linggi dan Restoran Terapung Sungai Linggi yang dijangka dibuka kepada pengunjung pada pertengahan bulan ini.
"Sebenarnya kita tak boleh nak fokus ke semua DUN kerana kita ada 28 DUN, tetapi kita fokus ikut daerah (dan Parlimen) ... kalau daerah Jasin inilah kaedah yang terbaik (mengadakan Karnival D'Bendang) bersempena dengan pesta menuai padi.
"Jadi, dalam daerah Jasin kita berikan kepada DUN Sungai Rambai untuk mendahului dalam mempromosikan dan menjayakan agropelancongan yang cukup hebat ini, dan kita akan mencari, mengkaji dan menilai daerah-daerah (serta Parlimen) yang lain supaya akan muncul produk pelancongan baharu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Karnival D'Bendang di Kem Benteng Negara, Parit Penghulu, Sungai Rambai di sini hari ini.
Ab Rauf berkata Karnival D'Bendang itu akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri bersempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024.
"Kita akan memastikan kawasan ini akan berubah wajah menjadi kawasan tarikan pelancongan baharu dan akan memberi peluang kepada masyarakat setempat dalam pelbagai kaedah ekonomi rakyat yang akan kita gerakkan (sempena TMM2024).
"Perkembangan pelancongan di Melaka akan menjadi satu detik sejarah baharu dalam mewajahkan Melaka sebagai kota pelancongan dan kota tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023

Ab Rauf Yusoh (kanan) menunggang motosikalnya ketika bersama menyertai Karnival D’Bendang di Kem Benteng Negara Parit Penghulu di Sungai Rambai, hari ini. -fotoBERNAMA

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

Melaka peruntukan RM300,000 untuk 30 IPIS berdaftar penuh
Sumbangan tahunan RM10,000 kepada setiap IPIS bertujuan membantu meringankan beban kewangan institusi berkenaan khususnya aspek pengoperasian.

Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.