MELAKA: Kerajaan negeri akan mengetengahkan keunikan budaya dan warisan pelbagai etnik di Melaka seperti masyarakat Baba dan Nyonya serta Chetti dalam mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata keistimewaan dan keunikan masyarakat Peranakan di Melaka itu akan ditampilkan menerusi beberapa persembahan khas pada program utama TMM2024, selain pameran di muzium budaya.
"Masyarakat Baba dan Nyonya ini misalnya, mereka mempunyai cara hidup dan tradisi gabungan pengaruh Melayu dan Cina yang unik termasuk dari segi makanan, pakaian selain fasih berbahasa Melayu.
"Saya percaya ini mampu menjadi satu daripada tarikan untuk pelancong dunia datang ke negeri ini dalam menjayakan TMM2024," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Konvensyen Antarabangsa Baba Nyonya kali ke-34 di sini semalam.
Hadir sama Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan dan Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia Datuk Ronald Gan.
Ab Rauf berkata kerajaan negeri komited dan akan terus memberi sokongan serta dokongan kepada semua pihak yang terlibat dalam memperkasa seni, warisan dan budaya di Melaka.
Beliau berkata penganjuran konvensyen yang dihadiri kira-kira 500 peserta membabitkan delegasi Baba Nyonya dari Malaysia, Australia, Singapura, Thailand dan Indonesia itu dilihat satu langkah tepat bagi memartabatkan warisan, budaya dan tradisi supaya tidak ditelan zaman.
"Diharapkan kerjasama yang sedia terjalin sesama diaspora ini, akan dikembangkan lagi dalam bidang lain seperto kebudayaan, kesenian, warisan dan perdagangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023

Ab Rauf berkata keistimewaan dan keunikan masyarakat Peranakan di Melaka itu akan ditampilkan menerusi beberapa persembahan khas pada program utama TMM2024, selain pameran di muzium budaya. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Peruntukan RM4.61 juta bagi Tahun Melawat Perak 2024 setakat ini - Exco
Kerajaan Negeri Perak setakat ini menyediakan peruntukan RM4.61 juta untuk melaksanakan program dan infrastruktur pelancongan negeri sempena TMP 2024.

TMM2024: Kedatangan pelancong bertambah dalam tempoh tiga bulan
Peningkatan bil utiliti di hotel-hotel seluruh Melaka dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, merupakan antara indikator menunjukkan pertambahan kedatangan pelancong.

Bazar Ramadan Mega Melaka rancakkan TMM2024
Promosi penganjuran Bazar Ramadan Mega Melaka 2024 di Jalan Hang Tuah akan diperhebat sebagai satu daripada tarikan untuk merancakkan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

SUKMA 2024: Melaka sasar 20 pingat emas
Kontinjen Melaka menyasarkan 20 pingat emas pada temasya SUKMA ke-21, yang dijadualkan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.

TMM2024: Beli cenderamata, peluang dapat hadiah kereta dan motosikal - Ab Rauf
Kerajaan Melaka memperkenalkan kaedah baharu bagi cabutan bertuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menerusi pembelian cenderamata khas TMM2024, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Melaka teliti semula syarat sertai cabutan bertuah TMM2024
Syarat baharu itu bertujuan memastikan lebih ramai peserta berpeluang menyertai program cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa kereta.

TMM 2024: Melaka tingkat keceriaan lapan pintu masuk untuk gamit 18 juta pengunjung
Berbaki beberapa hari menuju Tahun Melawat Melaka 2024 fokus terhadap kebersihan dan keceriaan di lapan pintu masuk ke Melaka terus diberi perhatian.

RM8.5 juta untuk belanja hangus TMM2024
Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan sebanyak RM8.5 juta untuk belanja hangus bagi penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Melaka peruntuk RM5 juta untuk promosi TMM24
Abdul Razak Abdul Rahman berkata antara kempen yang dilaksanakan ialah pengiklanan di media cetak dan elektronik.

Melaka ketengahkan keunikan budaya etnik Baba Nyonya, Chetti sempena TMM2024
Kerajaan negeri akan mengetengahkan keunikan budaya dan warisan pelbagai etnik di Melaka seperti masyarakat Baba dan Nyonya serta Chetti dalam mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).