MELAKA: Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) melaksanakan penggunaan pas masuk secara berpakej untuk pelancong melawat ke semua muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran.
Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan negeri Datuk Zaidi Attan berkata bagi fasa satu, pas masuk berkenaan boleh digunakan untuk melawat lima muzium iaitu Galeri Seni Melaka, Muzium Belia, Muzium Sejarah dan Ethnografi, Muzium Samudera (Flor de Lar Mar) dan Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia pada harga RM30.
"Kami juga sedang merangka untuk memperkenal pas masuk fasa kedua bagi melawat lima lagi muzium antaranya Muzium Rakyat, Muzium Istana Kesultanan Melaka dan Muzium Setem.
"Penggunaan pas masuk berkenaan bukan sahaja untuk memudahkan pelawat atau pelancong berkunjung ke 20 muzium dan lapan galeri di bawah kendalian Perzim malah inisiatif ini juga membantu menjimatkan bayaran tiket masuk," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata caj atau bayaran tiket masuk yang dikenakan kesemua muzium berkenaan dapat memastikan penyelenggaraan bangunan warisan atau aset negeri dapat dilaksanakan dengan baik agar dapat diwarisi generasi akan datang.
Dalam perkembangan lain, katanya pelbagai pengkisahan sejarah akan dilakon semula dan dipersembah kepada rakyat dan pelancong yang berkunjung ke Melaka pada bulan Februari tahun depan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Zaidi berkata antara cadangan pengkisahan sejarah berkenaan ialah pengisytiharan kemerdekaan dan perkahwinan Laksamana Cheng Ho yang akan dipersembahkan secara terperinci.
"Lakonan semula pengkisahan sejarah berkenaan akan dilakukan berdasarkan maklumat dokumentasi yang disimpan Arkib Negara dan usaha ini akan dilakukan dengan kerjasama daripada Kementerian Perpaduan Negara (KPN)," katanya.
Beliau berkata pengkisahan sejarah merupakan satu daripada pengisian yang akan dilaksanakan Perzim selaku tuan rumah di pavilion TMM 2024 yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan di sini.
Katanya pendekatan berkenaan bukan sahaja untuk mendekatkan rakyat dan pelancong tentang sejarah Melaka malah meningkatkan jati diri dan semangat patriotik dalam diri generasi muda serta memantapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negeri dan negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Caj atau bayaran tiket masuk yang dikenakan kesemua muzium berkenaan dapat memastikan penyelenggaraan bangunan warisan atau aset negeri dapat dilaksanakan dengan baik. - Gambar fail/Bernama

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Melaka laksana penggunaan satu pas, satu harga lawat muzium
Perbadanan Muzium Melaka laksana penggunaan pas masuk secara berpakej untuk melawat muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran.