MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor hari ini mendedahkan terdapat tiga individu pembuat keputusan yang berperanan merosakkan negeri Melaka.
Ia susulan kenyataan awal oleh ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron yang mendakwa terdapat ‘dua singa atas satu gunung’ yang membawa maksud dua pembuat keputusan dalam pentadbiran negeri.
Datuk Nor Azman Hassan berkata, kata putus perjalanan pentadbiran kerajaan negeri bukan dibuat oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sahaja.
Malah, dakwa Nor Azman, ada dua lagi figura yang turut campur tangan sebagai pembuat keputusan.
“Kalau Sungai Udang (Idris) maklumkan ada dua singa atas satu gunung, sebenarnya ada tiga singa, bukan dua.
“Tiga singa ini yang memainkan peranan merosakkan negeri Melaka.
"Saya tidak akan lakukan ini kalau bukan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Idris dan Azman antara empat ADUN yang ‘berpaling tadah’ setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri sekali gus menyaksikan kerajaan dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang majoriti.
Idris terdahulu mendakwa terdapat ‘dua singa atas satu gunung’ yang menyebabkan pelbagai perkara tidak terlaksana seolah-olah mengenepikan kepentingan rakyat.
Dalam pada itu, mengakui seperti disisihkan meskipun sebagai ADUN kerajaan menjadi antara punca beliau hilang kepercayaan dengan pimpinan Sulaiman.
“Saya wakil rakyat yang menang pada Pilihan raya Umum (PRU) lalu dengan majoriti 710 undi atas kepercayaan rakyat kepada saya.
“Saya lebih pentingkan kepentingan rakyat, tetapi kenapa saya disisihkan?
"Kepentingan diri mereka ini jelas tidak fikir soal rakyat.
"Biarlah nanti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan jalankan (siasatan) untuk semua korupsi ini,” katanya.
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Wed Oct 06 2021

NOR AZMAN: Kalau Sungai Udang (Idris) maklumkan ada dua singa atas satu gunung, sebenarnya ada tiga singa, bukan dua. -Astro AWANI

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

PRN Melaka: UMNO Tangga Batu ambil tindakan singkir pengkhianat, pembelot
UMNO Bahagian Tangga Batu mendakwa wujud unsur sabotaj di kalangan ahlinya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.

Kejayaan PRN Melaka, tanda sokongan rakyat kembali kepada BN, UMNO - Mahdzir
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekali gus dapat membentuk kerajaan menunjukkan sokongan rakyat kembali kepada parti itu.

Anwar, Kit Siang dan lain-lain tidak sepatutnya diminta berundur - Zaid Ibrahim
Zaid mempersoalkan desakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mahu pemimpin-pemimpin utama PH berundur

PRN Melaka: 'Tidak ada salahnya saya angkat sumpah segera kerana jadual ketat' - Sulaiman
Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, keputusan itu dibuat untuk membolehkannya mula bertugas dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

PRN Melaka: 'Saya tolak khabar angin, kami sokong Sulaiman sebagai Ketua Menteri' - Ab Rauf
Ab Rauf berkata, kesemua Ketua UMNO Bahagian di Melaka sebulat suara menzahirkan sokongan terhadap Sulaiman seperti dimaklumkan sebelum ini.

UMNO Kelantan harap momentum kemenangan di PRN Melaka berterusan
Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengharapkan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berterusan sehingga ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRN Melaka: Konsep Keluarga Malaysia beri gambaran kestabilan, sumbang kemenangan BN
Konsep Keluarga Malaysia dilihat diterima ramai, sekali gus memberi bayangan akan wujudnya kestabilan dalam negara.

PRN Melaka: Masa untuk tetapkan semula agenda Pakatan Harapan - Liew Chin Tong
Liew Chin Tong berkata, Pakatan Harapan perlu bangkit dari episod Melaka, dan menetapkan semula konsep Khemah Besar'.

PRN Melaka: 'Saya doakan Pas dan UMNO berbaik semula' - Asri Janggut
Ahli Pas Parlimen Batu, Mohd Asri Hamid atau dikenali Asri Janggut mendoakan agar parti itu dan UMNO dapat berbaik semula.

PRN Melaka: Gagal pertahan empat kerusi, Pengerusi DAP Melaka letak jawatan
Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew mengumumkan peletakan jawatannya selepas gagal mempertahankan empat daripada lapan kerusi DUN.