MASJID TANAH: UMNO negeri Melaka mengalu-alukan kerjasama Perikatan Nasional dan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bagaimanapun pandangan dan cadangan itu akan diperhalusi oleh peringkat tertinggi UMNO.
"Bagi saya kita mengalu-alukan sesiapa nak bekerjasama dengan kita termasuk Muafakat Nasional (MN).
"Tetapi keputusan parti akan memuktamadkan segala cadangan Perhubungan UMNO Negeri, sudah pasti faktor-faktor negeri harus diambil kira bagi memastikan kemenangan PRN akan datang," katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.
Mengulas mengenai calon-calon UMNO dalam PRN, jelas Ab Rauf, ia akan dicadangkan peringkat Bahagian UMNO sebelum diperhalusi peringkat tertinggi negeri dan pusat.
"Kelazimannya calon-calon ini akan dicadangkan bahagian-bahagian untuk diletakkan calon DUN yang dipertandingkan.
"Tetapi kelaziman Ibu Pejabat UMNO akan buat saringan terhadap nama calon di hantar, kemudian diperhalusi dan dipertimbang menjadi calon.
"Kita akan bincang peringkat bahagian, nama calon dikemukakan bagi kita dapat menilai dan diberikan pertimbangan dalam semua sudut," katanya lagi.
Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan pada Selasa memaklumkan parti itu belum memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain termasuk gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Katanya, ia bergantung kepada permohonan UMNO negeri sebelum diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Wed Oct 06 2021

Ab RAUF: Bagi saya kita mengalu-alukan sesiapa nak bekerjasama dengan kita termasuk Muafakat Nasional (MN). -Gambar fail

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.

Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.