MELAKA: Kerajaan negeri Melaka memohon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membina tapak pelupusan khas sisa pepejal bagi sektor pembinaan dan komersial, perindustrian dan keinstitusian (ICI) di negeri itu dengan kadar segera.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, keperluan pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal bagi sektor ICI sangat mendesak kerana kira-kira 30 hingga 40 peratus daripada keseluruhan jumlah sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang setiap hari adalah sisa ICI.
"Saya telah berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkaitan tapak pelupusan ICI ini dan kita akan hantar satu permohonan rasmi untuk memohon pembinaan tapak pelupusan khas berkenaan.
"Ia kerana ketika ini, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang yang beroperasi sekarang menjadi kawasan pelupusan bagi sisa domestik dan ICI sehingga tapak tersebut kini berada pada tahap kritikal," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) @ Komuniti MADANI Daerah Melaka Tengah di Surau Al-Falah, Taman Krobong Jaya yang disertai lebih 100 komuniti setempat kawasan itu.
Mengulas lanjut, Rais berkata, pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal ICI berkenaan akan dilaksanakan menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), namun cadangan lokasi dan anggaran kos masih belum dimuktamadkan.
Beliau berkata pembinaan tapak pelupusan khas berkenaan penting demi kesejahteraan rakyat serta pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik dan baik di negeri itu pada masa hadapan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka dan Unit Perancang Ekonomi Negeri akan memastikan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang menerima peruntukan terbesar berjumlah RM22.31 juta daripada KPKT dirancang dengan sebaik mungkin agar rakyat mendapat manfaat daripada pelaksanaannya.
"Saya akan mendapatkan maklumat terperinci kerana kebanyakan Program RMR berkenaan adalah projek baharu dan bukannya projek disambung... mungkin ia juga melibatkan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara," katanya.
Pada Sabtu, Nga dilaporkan telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM83.66 juta kepada Melaka untuk merealisasikan 17 projek yang berperanan penting dalam strategi pembangunan komuniti bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat pada program Sentuhan Kasih KPKT di negeri itu.
Beliau dipetik sebagai berkata, peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu adalah yang terbesar dalam sejarah Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) iaitu RM22.31 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Rais hadir bagi merasmikan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) @ Komuniti MADANI Daerah Melaka Tengah di Surau Al-Falah, Taman Krobong Jaya, 19 Mei 2024. - Facebook/Rais Yasin
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.