MELAKA: Kerajaan negeri akan mempatenkan buah jambu yang menjadi 'signature' negeri ini iaitu jambu batu lohan atau lebih dikenali jambu melaka sebagai ikon produk buah-buahan dalam tempoh terdekat.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata jambu berkenaan dipilih memandangkan ia semakin popular dalam kalangan penggemar buah-buahan segar di negeri ini dan luar Melaka.
Beliau berkata jambu batu lohan bukan sahaja bersaiz gergasi tetapi kerangupan, manis dan kandungan airnya yang tinggi memberi nilai tambah kepada jambu itu yang dijangka menjadi antara produk pilihan pelancong sepanjang penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
"Jambu melaka yang akan dipatenkan ini adalah khusus yang ditanam dan diusahakan di Pulau Gadong kerana rasanya berbeza dari tempat lain, ini mungkin disebabkan faktor tanah di kawasan itu.
"Setakat ini, hanya empat atau lima pekebun mengusahakan jambu ini secara serius dan ramai yang menanamnya secara kecil-kecilan di sekitar Pulau Gadong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pelancaran Voluntourism - Melaka Nature Epic Challenge sempena TMM2024 di Pulau Undan di sini hari ini.
Menurut Muhamad Akmal pelancaran jambu melaka sebagai ikon buah di negeri ini dijangka pada Jun depan sempena bulan pertanian untuk TMM2024.
"Kita juga akan mengadakan pelbagai program termasuk agrofest dan lebih istimewa pesta durian yang terbesar di Asia Tenggara," katanya.
Terdahulu, sebanyak 50 sukarelawan yang terdiri daripada Persatuan EcoDistrict, badan bukan kerajaan (NGO), Kelab Dive Bomba Putrajaya dan Pengakap Kelana Melaka bersama-sama Jabatan Perikanan Melaka dan Taman Laut Melaka melakukan pembersihan pantai dan pembersihan pukat hantu di Pulau Nangka serta Undan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024

Jambu berkenaan dipilih memandangkan ia semakin popular dalam kalangan penggemar buah-buahan segar di negeri ini dan luar Melaka. - Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Melaka paten jambu melaka sebagai ikon produk buah-buahan
Jambu berkenaan dipilih memandangkan ia semakin popular dalam kalangan penggemar buah-buahan segar di negeri ini dan luar Melaka.