MELAKA: Kerajaan negeri Melaka perlu menggiatkan usaha untuk mendapatkan kelulusan kerajaan pusat bagi menyegerakan penambahbaikan infrastruktur Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam berkata, ia berikutan projek menaik taraf LTAM yang berjumlah RM200 juta pernah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 sebelum ini.
"Justeru, saya berharap kerajaan Persekutuan akan dapat memberikan kelulusan dalam Belanjawan 2022 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Okt depan, khusus bagi meningkatkan lagi ekonomi negeri Melaka dalam sektor ini.
"Penambahbaikan ini termasuklah menambah bilangan 'parking bay' pesawat, menambah baik sistem pengurusan penumpang dan juga pemanjangan landasan bagi memberi keselesaan kepada pesawat agar boleh mendarat dengan kapasiti penuh yang seterusnya membuka ruang kepada lebih banyak laluan domestik dan antarabangsa bagi menyokong sektor pelancongan kesihatan dan pelancongan sosial yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian sempena pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 di Seri Negeri di sini hari ini.
Mohd Ali berkata, Melaka begitu sinonim dengan perkhidmatan kesihatan berkualiti yang telah lama menjadi faktor yang menarik kedatangan pesakit khususnya dari Indonesia dan Singapura, melalui empat hospital swasta yang mempunyai keseluruhan 913 katil serta doktor-doktor pakar.
Beliau berkata sektor perkhidmatan terutamanya pelancongan merupakan antara sektor yang paling terkesan akibat penularan pandemik COVID-19.
Katanya, penutupan sempadan dan sekatan perjalanan memberi impak yang ketara dalam sektor berkenaan, yang menyaksikan kedatangan pelancong ke Melaka menurun 69.6 peratus pada 2020 berbanding kunjungan 18.73 juta pelancong pada 2019.
"Saya menggesa kerajaan negeri supaya terus mempelbagaikan produk baharu pelancongan, menaik taraf produk sedia ada serta melaksanakan pelbagai inisiatif promosi secara berterusan untuk menarik lebih ramai pelancong dan menjadikan Melaka sebagai destinasi pilihan utama apabila sempadan negeri dibuka kelak," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Ali berkata dalam mengharungi cabaran pandemik COVID-19, semua pihak wajar berganding bahu untuk bersama-sama membantu rakyat dengan 10 peratus gaji Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) telah dipotong bermula Januari hingga Disember 2021 untuk disalurkan ke Tabung Bantuan Bencana COVID-19 Negeri Melaka.
"Selain itu, sebahagian Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam dalam kalangan penjawat awam negeri turut dipotong melalui kaedah potongan gaji bagi tujuan yang sama.
"Terima kasih saya ucapkan atas keprihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan penjawat awam dalam usaha untuk memberikan bantuan kepada rakyat yang amat terkesan pada masa ini," katanya.
Persidangan Pertama, Penggal Keempat DUN Melaka ke-14 yang bermula hari ini hingga Khamis akan menyaksikan sebanyak 109 pertanyaan lisan dan 164 pertanyaan bertulis telah diterima untuk dijawab oleh kerajaan negeri.
Persidangan itu juga akan membentangkan dua usul dan satu rang undang-undang iaitu usul Ucapan Terima Kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Atas Ucapan Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Untuk Penggal Keempat, usul Memperkukuhkan dan Memperkasakan Ajaran Sunnah Wal Jamaah kepada Masyarakat di Negeri Melaka dan pembentangan rang undang-undang Enakmen Perbadanan Zon Ekonomi Pesisiran Pantai (Negeri Melaka) 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021

Tun Mohd Ali Rustam berkata demikian sempena pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 di Seri Negeri di sini hari ini. - Bernama

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Kerja naik taraf Jalan Tun Hamzah libatkan kos RM300 juta - Exco
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Tun Hamzah daripada dua lorong kepada empat lorong yang melibatkan laluan sepanjang 4.5 kilometer dijangka bermula pada November ini melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.