MELAKA: Melaka memerlukan kira-kira RM50 juta bagi menyelenggara Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di negeri berkenaan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata kutipan Caj Warisan bermula pada April 2012 daripada pelancong yang menginap di hotel dengan kadar RM2 sebilik bagi tiap satu malam adalah tidak mencukupi bagi menampung usaha untuk penambahbaikan infrastruktur, keindahan, keceriaan serta kerja pemeliharaan dan pemuliharaan warisan Melaka.
Beliau berkata Melaka pernah menerima RM30 juta daripada kerajaan persekutuan secara 'sekali bayar' atas kejayaan mendapat pengiktirafan UNESCO, yang disalurkan Jabatan Warisan Negara bagi tujuan projek pemuliharaan, latihan dan kesedaran berkaitan Tapak Warisan Dunia.
Justeru, menurutnya, pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-139 pada 28 Jun lepas, kerajaan negeri telah memohon agar geran khas yang sama seperti 2009 itu disalurkan kepada Melaka, atau diberikan peruntukan secara tahunan yang dianggarkan RM50 juta.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam segmen Bicara Ketua Menteri di Melaka FM di sini hari ini.
Sulaiman berkata kedudukan Tapak Warisan Dunia Melaka terletak di bandar raya Melaka, yang merujuk kepada tapak tertua di bandar raya, termasuk Sungai Melaka yang melalui kawasan berkenaan, merangkumi Zon Sivik Bukit Melaka atau Bukit St Paul, Zon Kediaman serta Perniagaan Bersejarah.
Beliau berkata Tapak Warisan Dunia Melaka dibahagikan kepada dua Zon iaitu Zon Teras (Core Zone) seluas 45.3 hektar yang merangkumi kawasan Bukit Melaka (Bukit St Paul) dan kawasan perniagaan seperti di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Hang Jebat (Jonker Street), Jalan Kampung Kuli, Jalan Tukang Emas, Jalan Tokong, Jalan Tukang Besi dan Jalan Kampung Pantai.
"Manakala Zon Penampan (Buffer Zone) seluas 242.8 hektar pula merangkumi Jalan Kubu, Jalan Bunga Raya, Jalan Kampung Jawa, Jalan Bendahara dan Jalan Temenggong yang berada di sekeliling Zon Teras dan berfungsi untuk melindungi zon berkenaan, dengan keluasan keseluruhan Tapak Warisan Dunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO adalah 288.1 hektar," katanya.
Katanya sambutan Melaka Heritage Festival 2022 sempena sambutan ulang tahun ke-14 Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO akan diadakan secara besar-besaran bermula 15 Julai hingga 7 Ogos depan.
"Antara pengisian sambutan adalah persembahan kebudayaan etnik Melaka, Festival Masakan Warisan Melaka, Melaka Courtyard Heritage Assembly Workshop, bengkel-bengkel warisan tidak ketara, dengan acara kemuncak adalah Melaka Heritage Parade 2022 yang membawakan persembahan kebudayaan etnik-etnik yang terdapat di Melaka," katanya.
Melaka diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008, menjadikan hari ini usianya genap 14 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Sulaiman berkata, sambutan Melaka Heritage Festival 2022 akan diadakan secara besar-besaran bermula 15 Julai hingga 7 Ogos depan. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas 2 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 2 Februari 2025
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
1️⃣ SPRM akan panggil beberapa artis
2️⃣ kerajaan kaji impak DeepSeek kepada Malaysia
3️⃣ Tujuh maut, 19 cedera di Philadelphia
#awaniringkas
AWANI Ringkas: SPRM akan panggil beberapa artis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: kenderaan MPV catat kemalangan tertinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
Kenderaan pacuan empat roda catat kemalangan tertinggi
Kenderaan pacuan empat roda mencatatkan jumlah paling tinggi terlibat dalam kemalangan sehingga Sabtu, sehari sebelum tempoh Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025 berakhir.
Villa biru hanya menanti 'ditelan' laut
Ombak besar dan angin kuat yang melanda sejak tiga hari lalu menyebabkan pemilik banglo biru di tepi pantai di Kampung Tanjung, dekat sini, kembali resah dengan risiko hakisan.
Hakisan pantai ubah geografi Malaysia
Sepanjang 1,347 daripada 8,840 kilometer atau kira-kira 15 peratus daripada pantai di seluruh negara dikenal pasti mengalami hakisan sejak lebih tiga dekad lalu
Utamakan mangsa di PPS, bantuan tambahan dinilai ikut keperluan
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan harus diutamakan kepada mangsa yang berdaftar di PPS dan bantuan tambahan akan diberikan dalam penilaian seterusnya mengikut keperluan.
OP SKY: SPRM bakal panggil beberapa selebriti, artis tempatan
beberapa selebriti dan artis tempatan dikenal pasti mempromosikan perkhidmatan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky untuk memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lama lagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata berdasarkan siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang daripada syarikat itu bagi tujuan promosi termasuk menjadi wajah kepada syarikat berkenaan
Israel serang Tebing Barat sewaktu gencatan senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang Jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di Gaza berkuatkuasa.
Agong berkenan terima sembah taklimat MAIM
Pada majlis itu Al-Sultan Abdullah berkenan menerima laporan prestasi dan pencapaian MAIM sepanjang tempoh 2022.
Pertukaran Ketua Menteri Melaka tidak jejas persiapan UMNO berdepan PRN - Ahmad Maslan
Kemelut politik di Melaka membabitkan pertukaran Ketua Menteri negeri itu tidak menjejaskan persiapan UMNO untuk berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Di hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, ini rayuan Sulaiman Md Ali
Rakyat Melaka dirayu beri sokongan sama kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu termasuk Ketua Menteri.
Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri
Desas-desus mengatakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh.
"Keputusan lepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka hanya kerana desakan hati" - Sulaiman
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan langkahnya melepaskan jawatan sebagai ketua menteri dibuat tanpa desakan mana-mana pihak.
Sulaiman menangis tinggalkan pejabat rasmi Ketua Menteri Melaka
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak dapat menahan sebak ketika menyampaikan ucapan kepada kakitangannya pada hari terakhir memasuki pejabat di Kompleks Seri Negeri, hari ini.
Zahid sahkan UMNO cadang nama Ab Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu
Ahmad Zahid turut memaklumkan Sulaiman memberitahunya faktor kesihatan merupakan faktor beliau meletakkan jawatan.
Ketua Pembangkang DUN Melaka hormat keputusan Sulaiman letak jawatan
PN Melaka turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sulaiman atas jasa dicurahkannya sepanjang memegang jawatan itu.
Sah! Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka baharu Jumaat ini
Pejabat SUK Melaka mengesahkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka akan diadakan Jumaat.
Sulaiman, TYT masuk pejabat di Seri Negeri seperti biasa
Difahamkan beliau hadir ke pejabatnya hari ini untuk berjumpa kakitangan dan bukan meneruskan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka.