MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan menambah baik kemudahan dan fasiliti termasuk kawasan parkir bagi memastikan pelaksanaan zon bebas kenderaan di kawasan tumpuan pelancong sekitar Banda Hilir dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam pada setiap Sabtu berjalan lancar.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata selain itu kerjasama dengan pihak polis turut dipertingkatkan bagi membantu mengatasi dengan segera masalah kesesakan lalu lintas.
"Pelaksanaan zon bebas kenderaan ini masih dalam fasa percubaan dan kita sedang mencari lagi ruang untuk menambah bilangan tempat letak kenderaan di kawasan tumpuan pelancong ini supaya pelaksanaan zon bebas kenderaan berjalan lancar.
"Saya juga telah mengingatkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) supaya mengambil kira setiap maklum balas, rungutan atau pun pendapat daripada masyarakat dan pengunjung itu sendiri supaya kita dapat tambah baik inisiatif ini," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Apresiasi MBMB 2023 yang turut dihadiri Timbalan Exco Kanan Perumahan , Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkifli Mohd Zin dan Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman.
Mengulas lanjut Rais berkata usaha penambahbaikan itu juga seiring dengan persediaan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dalam merancakkan lagi kedatangan pelancong ke negeri bersejarah itu.
Katanya pelbagai aktiviti turut diadakan pada setiap malam minggu seperti 'fun ride' dan 'busking' untuk memeriahkan kawasan tumpuan di sekitar Banda Hilir.
"Kita mempunyai agenda besar iaitu untuk memastikan TMM2024 dapat dijayakan bersama di samping dalam tempoh empat bulan sebelum menjelang tahun depan, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan memastikan negeri Melaka ini sentiasa dalam keadaan bersih, indah dan sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023

Usaha penambahbaikan itu seiring dengan persediaan Tahun Melawat Melaka 2024 dalam merancakkan lagi kedatangan pelancong ke negeri bersejarah itu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerja naik taraf Jalan Tun Hamzah libatkan kos RM300 juta - Exco
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Tun Hamzah daripada dua lorong kepada empat lorong yang melibatkan laluan sepanjang 4.5 kilometer dijangka bermula pada November ini melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.