MELAKA: Kerajaan negeri sedang meneliti semula syarat penyertaan program cabutan bertuah yang dijalankan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf.
Beliau berkata, syarat baharu itu bertujuan memastikan lebih ramai peserta bukan sahaja pelancong malah rakyat negeri itu turut berpeluang menyertai program cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa kereta.
Menurutnya, setakat ini, lapan hadiah utama iaitu kereta ditaja pelbagai pihak menanti pemenang dan jumlah kenderaan itu dijangka bertambah dari semasa ke semasa sepanjang TMM2024 berlangsung.
"Kalau sebelum ini, antara syarat penyertaan cabutan bertuah berkenaan ialah pelancong perlu menginap sekarang-kurangnya dua malam di hotel empat bintang ke atas yang terlibat dalam program itu tetapi kita sedang meneliti semula syarat tersebut.
"Syarat penyertaan atau kaedah baharu itu akan saya umumkan dalam masa terdekat dan inisiatif ini dilakukan bagi memastikan lebih ramai pengunjung serta pelancong berpeluang menyertainya sekali gus merakyatkan sambutan TMM 2024," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Hadiah Cabutan Bertuah TMM2024 yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Sementara itu, Ab Rauf berkata jumlah kemasukan kenderaan ke Melaka meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 60,000 buah sehari pada setiap hujung minggu bermula Jumaat berbanding 30,000 kenderaan sehari, sejak awal Januari tahun ini.
Beliau berkata, peningkatan berkenaan menunjukkan pencapaian positif bagi TMM2024 dan sasaran 18.7 juta pelancong dari dalam dan luar Melaka mampu dicapai khususnya menerusi pelbagai inisiatif seperti cabutan bertuah yang dijalankan itu.
Terdahulu, pada program berkenaan kerajaan negeri menerima sumbangan kereta elektrik BYD Dolphin bernilai RM99,900 daripada Scientex Heights Sdn Bhd dan Proton X50 1.5T bernilai RM86,000 daripada Amerivexx International Sdn Bhd. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024

Ab Rauf berkata, syarat baharu itu bertujuan memastikan lebih ramai peserta bukan sahaja pelancong malah rakyat negeri itu turut berpeluang menyertai program cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa kereta. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
AWANI Ringkas: 'Gummy mata' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Februari 2025
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
AWANI Tonight: Transnational repression within Malaysia’s borders
With Malaysia as ASEAN 2025 chair, Douglas Teoh from the End Transnational Repression Alliance speaks on the implications of the country’s role in transnational repression particularly in the face of Myanmar’s junta.
AWANI 7:45 [21/2/2025] – Gummy pembunuh senyap| Keselamatan murid keutamaan| cubaan cabul di masjid| Karpet raya musnah terbakar
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya Tumpuan #AWANI745 malam ini 1. Perjalanan terakhir, keluarga, rakan-rakan iringi jenazah Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz
2. Jabatan Pendidikan Negeri diarah pantau rapat penjaja di luar kawasan sekolah
3. Remaja cuba cabul kanak-kanak di masjid ditahan
4. Karpet raya hangus, kilang di Nilai 3 terbakar
2. Jabatan Pendidikan Negeri diarah pantau rapat penjaja di luar kawasan sekolah
3. Remaja cuba cabul kanak-kanak di masjid ditahan
4. Karpet raya hangus, kilang di Nilai 3 terbakar
AWANI Tonight: PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
The PAC will begin proceedings on Feb 24 to examine the rise in health insurance premiums and private hospital charges. The findings will be presented in the next Parliament session.
Consider This: Sosma Under Review (Part 1) — What Reforms Are On The Table?
The government is reviewing the controversial Security Offences (Special Measures) Act, or Sosma, with plans to refine certain provisions and present them during the next Dewan Rakyat sitting in July. The Home Ministry says this will be about fine-tuning the law to strike a better balance between national security and detainee rights— but will these reforms truly be meaningful, or do they leave the core problems of Sosma intact? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Sevan Doraisamy, Executive Director of Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Consider This: Sosma Under Review (Part 2) — What Reforms Are On The Table?
The government is reviewing the controversial Security Offences (Special Measures) Act, or Sosma, with plans to refine certain provisions and present them during the next Dewan Rakyat sitting in July. The Home Ministry says this will be about fine-tuning the law to strike a better balance between national security and detainee rights— but will these reforms truly be meaningful, or do they leave the core problems of Sosma intact? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Suhakam commissioner Ragunath Kesavan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Glam Ramadan Bazar Klebang 2024 raih nilai jualan RM3 juta
Nilai jualan itu dianggarkan menerusi agihan kupon cabutan bertuah sebanyak 100,000 keping, dengan setiap pembelian RM30 pengunjung berpeluang mendapat satu kupon.

Melaka teliti semula syarat sertai cabutan bertuah TMM2024
Syarat baharu itu bertujuan memastikan lebih ramai peserta berpeluang menyertai program cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa kereta.

Rebut peluang mendaftar untuk menang pangsapuri
Ramai yang mengambil peluang pada hari terakhir Program Setahun Bersama Kerajaan Madani untuk mendaftar bagi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah pangsapuri.

Pejuang kanser payudara menang hadiah utama cabutan bertuah 'Belanja dan Menang' PJM2022
Norhashimah tidak sangka jadi pemenang hadiah utama selepas membelanjakan kira-kira RM300 untuk melayakkannya menyertai cabutan bertuah.

Menang kereta selepas belanja keluarga beli persiapan Aidilfitri
Beliau menganggap kemenangan itu sebagai kejutan dan hadiah buat keluarganya untuk Aidilfitri ini.

Laman sesawang berkaitan cabutan bertuah Petronas adalah palsu - Bukit Aman
Pautan yang ditularkan itu jika ditekan akan membawa pengguna ke laman web yang dipercayai sebagai 'phishing website'.

Kartini menang cabutan bertuah Proton X50 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
Pegawai tadbir Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Kartini Abu Kasim muncul pemenang cabutan bertuah utama 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia iaitu sebuah kereta Proton X50.

Thailand: Daftar vaksin COVID-19 berpeluang dapat cabutan bertuah perhiasan emas, anak lembu
Penduduk di Mae Chaem, sebuah daerah di Chiang Mai berpeluang memenangi anak lembu jika mendaftar untuk suntikan itu.

Kerani wanita rugi RM13,788 ditipu sindiket skim cabutan bertuah
Mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek lelaki yang memaklumkan dirinya telah terpilih untuk menyertai cabutan bertuah anjuran sebuah syarikat penyedia e-dompet, Selasa lalu.

PKNS sasar 100 unit hartanah mampu terjual menerusi program 'PKNS X HOMES'
Program berkenaan turut memperkenalkan inisiatif baharu 'PKNS X LINE' dan 'PKNS X SQUAD' bagi memudahkan orang awam mendapat khidmat nasihat mengenai proses jual beli produk hartanah perbadanan.