Kerajaan Negeri Melaka kini sedang meneroka sumber air baharu bagi menampung keperluan bekalan yang semakin menyusut berikutan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini.
Ketua Menteri Adly Zahari berkata ia termasuk memanfaatkan air mentah dari Sungai Linggi di Alor Gajah dekat sini dan kajian terperinci bersama Badan Kawal Selia Air (BKSA) sedang dilakukan agar ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
"Ketika ini, air Sungai Linggi mengalir ke laut sahaja dan ia tidak dimanfaatkan, daripada kita membiarkannya, lebih baik kita gunakan sepenuhnya untuk keperluan rakyat. Ini adalah antara inisiatif yang kita akan lakukan dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Pengarah Urusan Oriental Food Industries Holdings Berhad, Datuk Seri Son Chen Chuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini pada Sabtu.
Adly berkata selain itu, kerajaan negeri turut mengambil pendekatan jangka pendek melalui jalinan kerjasama ketika berhadapan krisis air dengan mendapatkan bantuan sumber air terawat dari negeri jiran iaitu Negeri Sembilan dan Johor.
"Kita akan sentiasa bekerjasama dengan negeri lain bukanlah mengharapkan mereka tetapi saling bantu membantu, jika kita pulih daripada masalah ini, kita pula akan bantu negeri lain begitu juga sebalikya, kerana ada negeri tidak mengalami masalah itu berikutan mempunyai takungan air yang tinggi," katanya.
Sementara itu, Adly menasihatkan orang ramai supaya melakukan persediaan awal dengan menyimpan air secukupnya bagi menghadapi catuan bekalan air Rabu ini.
"Selain itu, penduduk yang terjejas juga diharap berjimat dalam penggunaan air seharian terutama ketika catuan dilaksanakan kelak," katanya.
Khamis lepas, Adly dilaporkan berkata Melaka akan melaksanakan catuan bekalan air secara harian bermula 29 Jan ini melibatkan 550,673 orang iaitu 62.8 peratus penduduk di negeri ini.
Adly dipetik sebagai berkata ia bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk menghadapi cuaca panas dan kering dalam fasa kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir Mac ini, bagaimanapun catuan itu tidak melibatkan hospital, kawasan industri dan pusat pelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 25 2020

Adly (tengah) bergambar bersama ahli keluarga ahli perniagaan Melaka Datuk Seri Son Chen Chuan (tiga, kanan) ketika hadir pada rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina 2020 di Putra Height, Pengkalan Batu, 25 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.

Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.

Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.

PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.

Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.

Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.

Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.

Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.

Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.