MELAKA: Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir di sini, Ahad ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata pelbagai program dan aktiviti diadakan sempena sambutan itu di beberapa lokasi sekitar negeri ini bermula Khamis hingga Ahad ini.
"Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 adalah satu daripada pengiktirafan masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia terhadap kerjasama, komitmen dan pengorbanan anggota bomba dalam menangani situasi kecemasan, bencana dan sebagainya.
"Majlis sambutan berkenaan dijadual dirasmikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada 9 pagi, 14 Mei (Ahad) dan dijangka dihadiri Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, barisan kepimpinan serta pengurusan tertinggi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan JBPM," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Beliau berkata majlis perasmian akan melibatkan perbarisan kawalan kehormat bomba, perarakan kontinjen perbarisan melibatkan 2,000 anggota daripada pelbagai unit JBPM, perarakan 75 pelbagai jentera bomba bersama penampilan khas 'abang sado', persembahan kebombaan deklamasi sajak serta gimik perasmian dan penampilan pesawat udara (helikopter).
Katanya persembahan 'busker' daripada JBPM Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur akan turut diadakan di Dataran Pahlawan di sini pada Sabtu malam.
Dalam perkembangan lain, Abu Bakar berkata JBPM Melaka menerima 327 panggilan berkaitan kebakaran terbuka di negeri itu sejak Januari hingga April tahun ini.
Beliau berkata antara kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kebakaran terbuka ialah Tangga Batu dan Ayer Keroh di daerah Melaka Tengah manakala Masjid Tanah di daerah Alor Gajah.
Beliau berkata JBPM Melaka sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Alam Sekitar untuk memantau situasi terkini cuaca panas di negeri itu dalam usaha mengekang pembakaran terbuka.
"Rondaan oleh anggota balai bomba di seluruh Melaka juga akan dipertingkat khususnya di kawasan 'hotspot' kebakaran terbuka dan kita juga telah mengarahkan pasukan bomba sukarela di enam cawangan dan bomba komuniti untuk sentiasa bersiap siaga membantu anggota tetap JBPM sekiranya diperlukan," katanya.
Menurut Abu Bakar JBPM Melaka juga menerima peruntukan berjumlah RM2.4 juta bagi menaik taraf fasiliti di beberapa balai di negeri itu khususnya yang berusia lebih 50 tahun termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dan BPP Merlimau dan kerja menaik taraf berkenaan akan dilakukan secara berperingkat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Abu Bakar berkata Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 adalah pengiktirafan terhadap kerjasama, komitmen dan pengorbanan anggota bomba dalam menangani situasi kecemasan, bencana dan sebagainya. - Gambar fail BERNAMA
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Melaka tuan rumah Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 peringkat kebangsaan
Pelbagai program dan aktiviti diadakan di beberapa lokasi sekitar Melaka bermula Khamis hingga Ahad ini.