ALOR GAJAH: Kerajaan Negeri Melaka masih menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan bagi pengoperasian semula Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Banda Hilir di sini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pengoperasian kompleks itu melibatkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi termasuk prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 selain perbincangan pembukaan sempadan antara Malaysia dengan Indonesia yang masih belum diputuskan.
"Setakat ini, pelancong yang datang ke Melaka hanya melalui jalan darat. Bagi laluan laut pula, kita menunggu (kelulusan) daripada kerajaan Persekutuan kerana ia melibatkan isu pembukaan sempadan...(laluan itu menjadi pilihan) pelancong dari Indonesia masuk ke Melaka menggunakan feri.
"Selain itu, keputusan berkenaan turut membabitkan beberapa agensi lain di peringkat Persekutuan seperti Jabatan Laut dan Jabatan Imigresen," katanya kepada pemberita selepas Program Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Melaka dan Perasmian Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keluarga Malaysia Taman Bandar Baru Masjid Tanah di sini hari ini.
Kompleks ICQ Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai merupakan satu daripada akses masuk dan keluar rakyat dari Indonesia menerusi Dumai namun laluan tersebut ditutup ekoran penutupan sempadan antara Malaysia dan Indonesia berikutan penularan COVID-19.
Setakat ini, Malaysia masih menunggu kesediaan Indonesia dan Brunei untuk membenarkan pembukaan sempadan negara terbabit dan kerajaan sudah memaklumkan protokol am bagi kemasukan pengembara negara terbabit ke Malaysia selain bersedia mengadakan rundingan jika ada permintaan dari kedua-dua negara itu.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata semua pemain industri pelancongan di negeri itu telah bersedia menerima kedatangan pelancong khususnya dari Singapura untuk berkunjung ke destinasi pelancongan di negeri berkenaan setelah pembukaan semula sempadan antara Malaysia dan Singapura bermula tengah malam tadi.
Beliau berkata kedatangan pengunjung Singapura ke Melaka dijangka turut meningkat tetapi semua pihak termasuk pemain sektor pelancongan dan pelancong disaran terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar penularan COVID-19 dapat diputuskan.
"Walaupun kita berharap pembukaan sempadan ini akan membantu melonjakkan semula sektor ekonomi negeri dan juga rakyat, tetapi kita tidak boleh lalai atau cuai kerana jika tidak, kita bimbang berlaku peningkatan semula kes positif yang mendadak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Setakat ini, pelancong yang datang ke Melaka hanya melalui jalan darat, manakala bagi laluan laut pula perlu menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan. - Bernama
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza
PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Trump akan batalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden
Donald Trump mengumumkan rancangan untuk membatalkan hampir 80 tindakan eksekutif pentadbiran Biden sebelum ini.
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas
Ratusan kenderaan pelbagai jenis turut dilihat berbaris sepanjang lebih 300 meter menuju ke terminal feri seawal 7 malam.
Pemeriksaan imigresen pandu lalu sepenuhnya di Terminal Feri Labuan lancar
Pemandu dan penumpang tidak perlu keluar dari kenderaan, hanya tunjukkan dokumen perjalanan (kad pengenalan) kepada petugas imigresen.
Perjalanan feri ke Langkawi tidak terjejas akibat air pasang besar
Jadual perjalanan feri dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Langkawi tidak terjejas dengan fenomena air pasang besar yang berlaku hari ini.
KDN arah Imigresen perketat kawalan di Terminal Feri Labuan
Peruntukan sebanyak RM200,000 telah diluluskan untuk tindakan segera seperti menubuhkan kaunter khas bagi bukan penduduk Sabah dan Sabah.
Melaka tunggu lampu hijau Persekutuan untuk operasi semula ICQ
Perbincangan pembukaan sempadan antara Malaysia dengan Indonesia masih belum diputuskan.
Projek naik taraf dua terminal feri di P. Pinang siap menjelang Ogos
Proses naik taraf terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda di George Town telah siap lebih 60 peratus.
200 jaket keselamatan hilang sebulan, JKR tingkat kawalan di terminal feri
Antara isu yang merisaukan JKR Sarawak ialah keengganan penumpang menggunakan jaket keselamatan semasa berada di dalam feri.
Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini
Waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.
Johor bakal mempunyai satu lagi terminal feri antarabangsa
Terminal feri yang mampu melonjakkan aktiviti pelancongan negeri berkenaan akan dilengkapi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ).