KETUA Pegawai Eksekutif Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Mohd Saiful Mat Sapri menafikan penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat merajuk dan mahu meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan akan datang.
Menurutnya, Melaka United masih memerlukan khidmat pemain tersebut dan tidak pernah berhasrat untuk melepaskan bekas penjaga gol skuad kebangsaan itu.
"Mana ada khabar angin. Tak adalah merajuk. Melaka United masih memerlukan khidmat Khairul Fahmi untuk menjaga gawang Melaka United. Tidak ada istilah merajuk ke apa. Khairul Fahmi seorang yang gentleman dan baik.
"Saya juga dah berjumpa dengan semua pemain minggu lepas termasuk Khairul Fahmi. Tiada masalah pun yang mereka bangkitkan mengenai Melaka United...semua ok. Cuma sekarang ini kita sedang nak memperjelaskan hala tuju pengurusan baharu. Itu sahaja," katanya.
Terdahulu, ketiadaan Khairul Fahmi dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Perak FC pada Ahad lalu menimbulkan khabar angin penjaga gol berusia 32 tahun itu bakal meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan nanti.
Dalam aksi di Stadium Ipoh itu, tempat penjaga gol utama diisi oleh Norazlan Razali dengan ramai peminat skuad Hang Jebat menyifatkan Khairul Fahmi mungkin direhatkan selepas persembahan kurang konsisten dipamerkannya.
Sementara itu, Mohd Saiful turut menafikan Khairul Fahmi mengalami kecederaan sekali gus disisihkan dalam perlawanan yang menyaksikan Melaka United meraih kemenangan 1-0 ke atas Perak FC.
Untuk rekod, Khairul Fahmi telah menandatangani kontrak baharu pada Februari lalu dan akan terus bersama kelab itu sehingga tahun depan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Apr 29 2021
Khairul Fahmi telah menandatangani kontrak baharu pada Februari lalu dan akan terus bersama kelab itu sehingga tahun depan. - Foto Instagram/@fahmiapexs
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
MUFC bakal 'bernafas' semula?
Ab Rauf berkata pihaknya sedang mengkaji pelbagai sudut termasuk merujuk kepada penasihat undang-undang untuk memulihkan kembali MUFC.
MUSA akan ambil alih MUFC musim depan
Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) akan mengambil alih pengurusan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) pada musim depan.
Risto Vidakovic ketua jurulatih baharu Melaka United
Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) hari ini mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu Risto Vidakovic yang berasal dari Bosnia dan Herzegovina bagi menggantikan Zainal Abidin Hassan.
MUFC perlu bangkit, tidak ulangi kesilapan mudah - Zainal Abidin
Zainal mahu para pemainnya mengambil iktibar agar tidak lagi mengulangi kesilapan mudah seterusnya menyebabkan pasukan dihukum.
Melaka United nafi Apek merajuk
Datuk Mohd Saiful Mat Sapri menafikan penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat merajuk dan mahu meninggalkan MUFC.
Kemenangan sulung suntik semangat MUFC hadapi JDT
Kemenangan sulung MUFC selepas empat kali mencatat keputusan seri, menyuntik semangat pasukan berdepan JDT pada perlawanan seterusnya.
MUFC masih buntu cari kemenangan - Zainal Abidin
Zainal Abidin mengakui perlu mempertajamkan jentera serangan, selepas barisan hadapan pasukannya itu dilihat mensia-siakan beberapa peluang.
MUFC lancar jersi baharu musim 2021
Majlis pelancaran diadakan secara dalam talian bagi mematuhi SOP PKPB yang berkuat kuasa di Melaka ketika ini.
Selangor sah ikat Nurshamil
Nurshamil dilepaskan kepada The Red Giants kerana mahu penjaring terbanyak Liga FAM itu menimba lebih banyak pengalaman dan mengasah lebih tajam kemahirannya sebagai seorang penyerang.