TANGGAL 24 Ramadan 1441 Hijrah bersamaan 17 Mei 2020 bermulanya episod baharu dalam pentadbiran politik Negeri Kedah. Kemelut politik yang berkocak di dasar dan berubah secara ‘evolusi’ itu akhirnya terlerai setelah Sanusi Md Nor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-14 di hadapan Sultan Kedah, Sultan Salehuddin Sultan Badlishah di pejabat baginda, Wisma Darul Aman. Sekalung tahniah kepada Menteri Besar atas ketetapan Yang Maha Berkuasa menetapkan pejalanan hidup hamba-Nya sedemikian rupa pada bulan yang penuh keberkatan ini. Kepada rakyat Kedah Darul Aman, sambutlah pelantikan ini sebagai suatu anugerah yang perlu disokong selagi tindakan beliau tidak bercanggah dengan syariat Islam dan bertentangan dengan undang-undang negara.
Pelantikan tersebut adalah menepati peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah. Walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz cuba membangkitkan bahawa PAS akan menyokong kepimpinan beliau hingga ke akhir penggal, realitinya politik boleh berubah sekelip mata kerana ia bergantung kepada jumlah sokongan. Namun, kesediaan Datuk Seri Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan membuktikan beliau profesional dalam berpolitik dan jasanya selama berkhidmat akan tetap dikenang. Berada di pihak pembangkang bukanlah bererti pintu untuk berkhidmat kepada rakyat telah tertutup malah akan menjadi lebih kreatif dan kritis melontarkan idea kepada pihak kerajaan. Bahkan, pengalaman sebagai pembangkang akan lebih bermakna jika kembali menjadi kerajaan.
Bukan mudah menjadi Menteri Besar Kedah! Ini adalah ungkapan saya sebagai anak jati Sik dan membesar dalam Dewan Undangan Negeri Jeneri. Banyak cabaran dan liku-liku yang perlu diredah untuk membangunkan Negeri Jelapang Padi kepada sebuah negeri maju yang berasaskan pertanian. Sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan membesar dalam persekitaran kebun getah, bendang dan hasil hutan’, beliau tentu mempunyai idea untuk diadun dengan teknologi moden selaras dengan Gagasan Kedah Sejahtera yang telah diilhamkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah ke-10 dahulu. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi; maka beliau boleh dianggap sebagai legasi politik Tan Sri Azizan lantaran pengalamannya berkhidmat sebagai setiausaha politik dan ‘berguru’ kepada bekas Menteri Besar tersebut.
Cabaran kemiskinan
Menangani masalah kemiskinan adalah cabaran besar Sanusi kerana tiga buah daerah iaitu Yan, Sik dan Baling dikategorikan daerah termiskin di Malaysia. Tambahan pula, beliau yang mewakili DUN Jeneri yang berada dalam Daerah Sik sudah tentu biasa begelumang dengan persekitaran kemiskinan. Berbekalkan pengalaman dan pemerhatian secara berterusan sudah tentu memudahkan beliau untuk merancang dan melaksanakan pelbagai strategi mengurangkan kadar kemiskinan di ketiga-tiga daerah tersebut. Rata-rata penduduk di daerah tersebut segelintirnya masih lagi bergantung kepada sumber pendapatan harian malah ada yang sudah berada pada tahap ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Apa tidaknya, sekadar menyebut beberapa buah kampung seperti Kampung Betong, Kampung Banggol, Kampung Kenangan, Kampung Kubang Lintah, dan Kampung Sungai Semiar, rata-rata penduduknya hanya bergantung kepada hasil torehan getah. Jika musim hujan, terkapai-kapai mereka menunggu bantuan daripada pihak kerajaan. Jika ada bendang pun hanyalah dalam skala kecil dan sekadar menampung perbelanjaan musim padi sahaja. Begitulah juga sesetengah penduduk yang terus mencari hasil hutan seperti buluh, petai dan madu lebah serta kelulut untuk menampung keperluan harian. Realitinya, bukan mereka tidak mahu berubah, tetapi apa yang boleh dilakukan tanpa sebarang kemahiran dalam dunia teknologi maya ini!
Justeru, sebagai pemimpin utama kerajaan, beliau menggalas tanggungjawab besar untuk mengubah status kemiskinan ketiga-tiga daerah ini daripada senarai 28 daerah termiskin di Malaysia hasil. Tanpa mengambil masa yang panjang tindakan segera perlu dilakukan dengan mewujudkan pelbagai sektor ekonomi yang lain beserta peluang-peluang pekerjaan berdasarkan kemahiran penduduk. Berbekalkan semangat Kahlifah Umar bin Abdul Aziz, Sanusi perlu bijak dan tekun membasmi kemiskinan melalui peluang-peluang ekonomi yang berteraskan komuditi pertanian.
Pacuan ekonomi
Sekitar tahun 2019, saya menukilkan artikel “Usah biar jelapang menjadi kepuk’ dalam Berita Harian untuk santapan minda masyarakat. Sebagai negeri berasaskan pertanian, bukanlah mustahil Kedah bangkit sebagai negeri penyumbang terbesar industri beras negara, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada beras import dari Thailand. Barangkali pentadbiran beliau sudi mencontohi Belanda dan Denmark yang berjaya mengubah tanah gersang hingga muncul sebagai negara pengeksport hasil keluaran pertanian di dunia. Bukanlah mustahil untuk mengubah tanah rang yang dibiarkan dan diusahakan dalam skala besar sebagai pendapatan penduduk dan menjana ekonomi negeri.
Kenyataan Sanusi untuk meneruskan dan menambah baik usaha membangunkan ekonomi negeri kepimpinan terdahulu adalah sangat rasional. Hal ini disebabkan persekitaran ekonomi Kedah pada masa bukanlah kukuh sangat. Sekadar memetik kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa “Kedah antara negeri tercorot dari segi pertumbuhan ekonomi, rizabnya terhad, sumber pendapatan tidak melimpah ruah, selain memikul tanggungjawab menjamin bekalan makanan negara” memerlukan kerja keras Menteri Besar baharu memacu kemajuan ekonomi negeri agar terus stabil.
Bahkan seperti yang didakwa oleh Mukhriz ketika pentadbirannya berjaya membawa pelaburan hingga RM14.7 bilion untuk pelbagai sektor dan RM11.5 bilion dalam sektor pembuatan tidak boleh dikesampingkan. Andai angka ini menjadi sandaran, sudah tentu beliau wajar mengekalkan usaha baik tersebut tanpa bercampur-baur dengan agenda kepartian. Tetapi, jika kurang praktikal sudah memerlukan penelitian semula agar Kedah tidak terus terbeban dengan masalah kewangan. Yang penting, kumpulan pemikir beliau perlu ikhlas dan telus bersama-sama beliau membangunkan ekonomi negeri tanpa mengharapkan jawatan lantikan politik yang bersifat sementara itu.
Hal ini tidak terkecuali dengan beberapa projek besar yang sedang berjalan dan dirancang khususnya yang melibatkan berbillion ringgit pelaburan asing. Antaranya ialah Litar Lumba Antarabangsa Kedah di Sungai Petani yang sudah memasuki fasa kedua pembinaan infrastruktur asas, Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah Rubber City, Padang Terap, Projek Northern Gateway, Taman Sains dan Teknologi Kedah, Bukit Kayu Hitam dan Hub Pembuatan Logistik dan Aeroangkasa Sidam. Begitulah juga hasrat projek pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang telah diluluskan pinjaman modal awalan lebih RM2 bilion oleh kerajaan Persekutuan. Pun begitu, pelaburan asing berjumlah RM8.09 bilion dari Amerika Syarikat, China, Jerman, Hong Kong dan Taiwan seperti yang dijelaskan oleh Mukhriz adalah sesuatu yang ‘istimewa’ untuk rakyat Kedah. Oleh sebab Kedah sering mengalami gangguan bekalan air, maka kelestarian alam semula jadi mesti diberi perhatian serius terutamanya di kawasan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda dan Hutan Simpan Bukit Saiong.
Semua ini jika memberi manfaat dan tidak membebankan masa depan kewangan Kedah perlu diteruskan dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Tidak perlu bimbang isu mencedok idea kerana dasar kerajaan yang baik tidak akan banyak berubah walau dari mana sekalipun parti pemerintah. Malahan, Mukriz yang masih berada dalam DUN boleh sederap bersama-sama pentadbiran baharu meneruskan usaha-usaha awalnya itu. Kata orang Kedah, “berpakatlah elok-elok, tok sah dok bekelahi, pi mai, pi mai tang tu juga”, untuk kemajuan dan kesejahteraan Kedah juga.
Mengubah minda
Suatu lagi aspek yang perlu diberi perhatian ialah mengubah minda penduduk Kedah. Jika sebelum ini, kebanyakan anak-anak Kedah terpaksa merantau keluar mencari peluang pekerjaan, Menteri Besar baharu perlu mewujudkan makanisme baharu agar situasi ini tidak berterusan walaupun terpaksa mengambil masa yang agak panjang. Kedah seharusnya membangun sebagai destinasi kerja seperti di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Selangor. Kepakaran anak-anak jati Kedah dalam pelbagai bidang khususnya di luar negara perlu dibawa balik untuk mencurah bakti di negeri kelahirannya melalui syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Tidak kurang pentingnya juga ialah melonjak taraf pendidikan negeri Kedah agar setanding di peringkat kebangsaan dan dunia. Institusi pendidikan milik kerajaan negeri seperti Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuala Ketil (UniSHAMS) perlu dibangunkan sebagai institusi tersohor sekurang-kurangnya di peringkat Asean. Begitulah juga Maktab Mahmud perlu dilakarkan sebagai tumpuan utama anak-anak negeri untuk mendapatkan pendidikan dengan sempurna. Selain itu komitmen juga perlu diberikan untuk memperkasakan institusi kemahiran seperti Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) dengan memperkenalkan pelbagai program baharu bagi melahirkan tenaga mahir dalam sektor-sektor terpilih dan sesuai dengan keperluan semasa.
Sanusi adalah Menteri Besar Kedah Darul Aman, bukannya Menteri Besar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau Muafakat Nasional dan jauh sekali Perikatan Nasional. Begitulah juga para Ahli Dewan Undangan Negeri, semuanya adalah kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah yang mewakili kawasan masing-masing tanpa mengira parti, kaum dan agama. Semuanya mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap rakyat dan melestarikan Gagasan Kedah Sejahtera. Justeru, bagi mewujudkan politik yang kondusif, Sanusi perlu bijak mengubah landskap politik Kedah ke arah perdamaian dan mewujudkan suasana harmoni sesama kepimpinan. Sudah tentu rakyat Negeri Kedah yang hampir mencecah 2.3 juta dengan komposisi peratusan tertinggi adalah orang Melayu sedang mengharapkan sesuatu yang baharu daripada Menteri Besar Baharu. Selamat menjalankan amanah kepada Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman.
* Penulis merupakan pensyarah di UniKL RCMP Ipoh, Perak.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Ibrahim Ahmad
Tue May 19 2020
Muhammad Sanusi pada sidang media selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 di Wisma Darul Aman, Alor Setar, 17 Mei, 2020. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
18 wanita maut dalam insiden letupan kereta di Manbij
Kejadian letupan sebuah kereta di utara Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa setakat ini, yang mana kebanyakkannya adalah wanita. Menurut laporan Associated Press (AP), 18 mangsa adalah wanita, manakala seorang lagi mangsa lelaki.
Harimau sasar beruang sebagai makanan
Kajian hidupan liar terbaharu yang dijalankan di sebuah taman negara di China mendedahkan situasi yang unik dan jarang berlaku dalam ekosistem rimba. Harimau cuba menjadikan beruang sebagai 'menu' makanan mereka. Ini dapatan terbaharu yang dikongsikan menerusi kajian yang diselia oleh Universiti Beijing Normal di Northeast China Tiger and Leopard National Park (NCTLNP).
ISDG: Mampu capai matlamat kesejahteraan sejagat digariskan PBB
Penganjuran Konvensyen 'Islamic Sustainable Development Goals' (ISDG) buat julung kalinya bukan sahaja dilihat sebagai ruang untuk mengetengahkan suara-suara ilmuan dari pelbagai negara mengenai peranan islam dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Ahli Parlimen diseru junjung titah Agong
Kelab Penyokong Kerajaan MADANI menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk menjunjung titah Yang Di-Pertua Agong, Sultan Ibrahim untuk mengelak dari mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.