KUALA LUMPUR:Konteks Melayu-Islam tidak bermakna mengetepikan hak dan kepentingan kaum-kaum lain yang merentasi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, meskipun konteks Melayu Islam dilihat akan mewujudkan pelbagai andaian dan persepsi dalam kalangan rakyat Malaysia namun, ia tidak bermakna akan meminggirkan sama sekali sokongan daripada kaum-kaum yang lain.
"Ini kerana sokongan penduduk Sabah, Sabah, Melayu, Orang Asli, India dan sebagainya akan memberi nilai tambah kepada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan gabungan yang lain.
"Jika mengetepikan etnik lain, ia akan memberi impak besar kepada struktur dan kedudukan demografi dan kependudukan yang asasnya melihat kepada kepelbagaian," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung Tahunan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Sabtu, Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru kepada semua pemimpin Melayu dan Islam untuk bersatu dalam sebuah jemaah yang besar di bawah PN.
Mengulas lanjut Sivamurugan berkata, dalam ucapannya, Muhyiddin ada memperkatakan bahawa dalam mempertahankan konsep Melayu Islam, kerajaan tidak akan meminggirkan sama sekali sokongan daripada yang lain.
"Saya percaya untuk mengukuhkan kedudukan Melayu Islam, tidak boleh sama sekali meminggirkan kedudukan hak dan persaingan dalam konteks negara kita kerana kita juga harus melihat kepada faktor kelas, kewilayahan dan juga nilai budaya yang pelbagai.
"Jika dilihat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 memang ketara pola pengundian bukan Melayu kepada Pakatan Harapan (PH) dan Melayu kepada BN," katanya.
Ekoran itu beliau berpendapat, PN perlu mencari satu formula atau tawaran baharu untuk mendekati yang lain supaya ia tidak hanya tersekat dengan kepompongan pemetaan berdasarkan agama dan etnik.
Sebaliknya katanya, rakyat seharusnya boleh melihat bahawa PN adalah sebuah kerajaan yang akan mengambil kira kepentingan masyarakat yang lain.
Astro Awani
Sun Nov 29 2020

Dr Sivamurugan Pandian berkata, PN perlu mencari satu formula untuk mendekati yang lain supaya ia tidak hanya tersekat dengan kepompongan pemetaan berdasarkan agama dan etnik. - Gambar fail/Astro AWANI

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.