Bangsa Melayu perlu terus memperkasakan pendidikan sebagai teras utama bagi memastikan bangsa itu terus ke hadapan.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekuatan sesebuah bangsa itu terletak pada ilmu yang dimiliki.
Katanya, menerusi Dasar Pendidikan Negara serta komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara, ia kekal menjadi teras utama dalam agenda pembangunan negara.
"Bila kita bercakap soal kekuatan hakiki, kita tidak boleh lari daripada ilmu atau pendidikan.
"Justeru menjadi asasnya kepada GPMS yang merupakan sebuah badan yang amat tepat bila terpanggil untuk mengumpulkan segala kekuatan yang mungkin supaya dilakukan satu gerakan massa diperingkat akar umbi di kalangan pelajar-pelajar supaya timbul kesedaran," katanya menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Agong Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ke-62 di ibu negara di sini hari ini.
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia di Mesir.
Ia bagi membantu pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang mengalami masalah tunggakan yuran di negara berkenaan.
Sumbangan itu menjadikan kutipan tabung terbabit setakat ini mencecah RM5 juta.
Pada majlis sama, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menerima Anugerah Tokoh Gabungan Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) Sepanjang Zaman.
Anugerah disampaikan Perdana Menter pada majlis yang berlangsung di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, Abdullah yang juga Penasihat Kehormat GPMS, turut diraikan sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-77 pada Sabtu.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Nov 27 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian mesyuarat Agung Tahunan GPMS Ke-62 Tahun 2016 di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini. --fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Hina B40: Isu pensyarah, pelajar boleh selesai cara baik - GPMS
GPMS menyeru agar semua pihak kekal bertenang untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan baik.

Perak sedia bantu mahasiswa terjejas penangguhan pendaftaran
Razman Zakaria berkata, kerajaan negeri amat prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa pelajar berkaitan dengan arahan baharu Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) itu.

GPMS desak PM tolak gesaan pihak mahu UEC diiktiraf
GPMS turut meragui ketelusan UEC kerana ia tidak dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia tetapi badan persendirian Cina.

Melayu perlu terus memperkasa pendidikan - PM Najib
Menerusi Dasar Pendidikan Negara serta komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara, ia kekal menjadi teras utama dalam agenda pembangunan negara.