KUALA LUMPUR:Peguam Negara (AG) tidak seharusnya turut berperanan sebagai Pendakwa Raya (PP), kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said.
Azalina, 58, yang juga seorang peguam, menulis dalam blognya azalinaothmansaid.com semalam bahawa beliau telah mengemukakan cadangan berhubung perkara itu pada Jun 2018.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata sebelum tahun 1960, seorang AG dilantik bukan atas nasihat perdana menteri sebaliknya dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) dan hanya boleh dipecat oleh satu tribunal yang dianggotai sekurang-kurangnya lima hakim.
Menerusi hantaran berjudul 'Persepsi menentang Realiti,' beliau berkata semua itu berubah pada 1960 apabila Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu membentangkan pindaan terhadap Perkara 145 (Perlembagaan Persekutuan) bagi membolehkan seorang AG dilantik bukan hanya daripada kalangan ahli SPKP sebaliknya dipilih daripada kalangan ahli politik, peguam malah ahli akademik, dan perlindungan terhadap pemecatan AG turut dihapuskan.
BACA: Perception vs Reality
BACA: Sifat memoir dalam 'My Story: Justice in the Wilderness'
BACA: Polis Johor terima 16 laporan berhubung buku Tommy Thomas sehingga kini
Azalina juga berkata kuasa pendakwaan menjadikan AG antara individu paling berkuasa di Malaysia, oleh itu memandangkan tidak ada mekanisme semak dan imbang yang sempurna bagi memastikan kebebasan serta akauntabiliti AG, maka terdapat keperluan yang mendesak dalam menjamin bahawa kuasa AG dilaksanakan secara bertanggungjawab dan bebas.
Beliau berkata memoir bekas AG Tan Sri Tommy Thomas berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness' hendaklah menjadi pemangkin kepada semua Ahli Parlimen untuk bersatu hati dalam melakukan usaha ikhlas bagi mengawasi pindaan perlembagaan berkaitan peruntukan jawatan AG berdasarkan Perkara 145 agar peranan AG dipisahkan daripada peranan PP.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 10 2021

Azalina berkata, terdapat keperluan mendesak dalam menjamin bahawa kuasa AG dilaksanakan secara bertanggungjawab dan bebas. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera
Azalina berkata, banyak helikopter yang digunakan agensi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, berusia antara 12 dan 32 tahun.

Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.

Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum - Azalina
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu.

Undang-undang pembiayaan politik komprehensif perlu segera - Azalina
Malaysia perlu segera melaksanakan undang-undang pembiayaan politik yang komprehensif bagi mengurangkan risiko rasuah dan meningkatkan ketelusan.

Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.