SEPANG: "Walaupun kami tak nampak (buta), apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain.
"Kami bersyukur dapat peluang menunaikan umrah untuk kali pertama, tak boleh nak bayangkan dengan kata-kata pengalaman berada di sana," itu perasaan diluahkan Nor Hidayu Mohd Yusoff, 36, seorang daripada 30 Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan terpilih menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci mengerjakan ibadat umrah bermula 19 April lepas.
Sebelum ini, video berdurasi dua minit 11 saat yang memaparkan kumpulan OKU penglihatan itu dengan berpakaian ihram melakukan tawaf di Masjidil Haram mengundang sebak orang ramai sehingga ia tular dan mencecah jutaan tontonan.
Nor Hidayu berkata dia sudah lama berhasrat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, impian itu tidak dapat direalisasikan sehingga pihak syarikat pengurusan haji dan umrah, Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd serta sumbangan orang ramai tampil menajanya termasuk 29 OKU penglihatan lain.
"Saya selalu mendengar orang bercerita keseronokan pergi Makkah dan meminta mereka doakan supaya saya juga ada peluang yang sama, alhamdulillah, akhirnya ada rezeki saya tunaikan umrah tahun ini," katanya ketika ditemui di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.
Sementara itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) Jasmadin Budin berkata kumpulan OKU penglihatan itu terdiri daripada lingkungan usia 20-an hingga 60-an dan merupakan kumpulan OKU paling ramai pergi ke umrah pernah direkodkan oleh persatuan itu.
"Ini projek pertama PERTIS, sebelum ini ada seorang dua OKU penglihatan bersama jemaah umrah biasa lain, tidak ramai seperti ini, bimbang itu ada tapi sebab kita nak pergi ke Tanah Suci, jadi kita letak keyakinan kepada Allah.
"Cabarannya juga cukup besar untuk menguruskan perjalanan rombongan umrah OKU penglihatan bagi memastikan koordinasi daripada mereka tidak berpecah dan sesat di mana-mana," katanya dan menambah pergerakan umrah itu turut dibantu oleh 10 sukarelawan dan seorang mutawif (pembimbing).
Jasmadin berkata selain ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, jemaah umrah OKU penglihatan itu turut melakukan ziarah luar sama seperti jemaah umrah biasa lain seperti menziarahi masjid Quba, perkuburan Baqi', Arafah dan juga ke Taif.
Dalam pada itu, Mohd Firdaus Mohd Salleh, 35, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Rock berkata beliau menjalankan tugas mutawif umrah sama seperti ketika membawa jemaah lain, namun jemaah OKU penglihatan telah diberikan laluan "VIP" yang telah banyak melancarkan perjalanan ibadat umrah.
"Perkara ini tidak dirancang, kita tidak pernah tahu OKU boleh dapat kelebihan tertentu. Ia bermula daripada penerbangan dari KLIA, sepanjang keberadaan di Makkah dan Madinah sehinggalah pulang kembali ke Malaysia.
"Sebagai contoh, kelebihan yang diberikan ialah berpeluang berada di saf paling hadapan di dalam Raudhah di Masjid Nabawi, dapat laluan paling depan ketika di makam junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan juga berada di depan pintu Kaabah.
"Saya beruntung dapat membawa mereka dan keistimewaan yang mereka dapat itu juga tempias kepada saya dan sukarelawan lain," katanya yang telah lebih 10 tahun berpengalaman sebagai mutawif.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Sebelum ini, video berdurasi dua minit 11 saat yang memaparkan kumpulan OKU penglihatan itu dengan berpakaian ihram melakukan tawaf di Masjidil Haram mengundang sebak orang ramai sehingga ia tular dan mencecah jutaan tontonan. - Gambar Sinar Harian
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Dana itu bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.