MELAKA: Seramai 36 pengunjung termasuk lapan kanak-kanak dan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang menaiki Menara Taming Sari di Banda Hilir, di sini berdepan detik cemas apabila menara berputar setinggi 110 meter itu mengalami kerosakan, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.58 petang tadi, kesemua penumpang berkenaan tersangkut pada ketinggian 60 meter ketika menara ikonik itu sedang bergerak turun.
Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad, Azlan Abidin berkata pasukan teknikal Menara Taming Sari bagaimanapun berjaya mengawal keadaan berkenaan.
“Semasa kejadian berlaku, menara berputar yang membawa 36 pelanggan iaitu dewasa 26 orang, kanak-kanak lapan orang dan warga emas serta OKU masing-masing seorang sedang bergerak untuk turun dan secara tiba-tiba ia terhenti pada ketinggian 60 meter.
“Bagaimanapun pihak kami telah mengambil langkah penyelamatan awal yang mengambil masa kira-kira 30 minit dan kesemua mangsa telah berjaya dibawa turun dengan selamat tanpa sebarang kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi.
Justeru, beliau menyeru orang ramai untuk tidak bimbang dan pihaknya kini sedang menunggu laporan teknikal yang lengkap berhubung insiden berkenaan.
Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.58 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
“Pihak bomba telah memastikan proses membawa turun pelantar berkenaan di dalam keadaan baik dan mangsa terperangkap berjaya dibawa keluar ke tempat selamat.
“Pihak penyelenggaraan Menara Taming Sari juga telah bertindak menggunakan motor sokongan untuk menurunkan pelantar ke bawah setelah motor utama mengalami masalah teknikal,” jelasnya.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jul 02 2023

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.58 petang tadi, kesemua penumpang berkenaan tersangkut pada ketinggian 60 meter ketika menara ikonik itu sedang bergerak turun.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.

Menara Taming Sari kembali beroperasi hari ini
Baik pulih kerosakan pada sistem teknikal menara itu dilakukan pada 8 malam tadi dan siap sepenuhnya pada 11 malam.

Menara ikonik Melaka tersangkut, 36 pengunjung berdepan detik cemas
Kesemua penumpang berkenaan tersangkut pada ketinggian 60 meter ketika menara ikonik itu sedang bergerak turun.