KUCHING:Pembinaan dua menara ibu pejabat baharu Dewan Perniagaan Dayak (DCCI) dan Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) memainkan peranan penting dalam memacu industri masyarakat Dayak.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pembinaan menara dikenali sebagai Panggau Dayak itu adalah untuk menyelaras serta mengawal selia hal-hal berkaitan adat dan budaya masyarakat tersebut.
“Saya telah meluluskan projek pembangunan ini serta satu lagi kawasan untuk pembinaan dua menara pertubuhan ini.
“Lokasinya amat strategik kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti hospital dan universiti disekitar kawasan tersebut,” katanya.
Ujar beliau, setiap masyarakat tidak kira kaum dan agama di negeri itu tidak akan diabaikan kebajikannya dan akan terus dibantu khasnya dari segi kemudahan untuk mereka terus memacu sosio-ekonomi masing-masing.
“Saya rasa perkara ini menggambarkan bagaimana kerajaan kita mempunyai dasar yang inklusif,” tambah Abang Johari.
Beliau memberitahu, pembinaan ibu pejabat pertubuhan itu adalah amat signifikan kepada masyarakat terbesar di negeri itu dan ianya akan menjadi mercu tanda dalam pembangunan ekonomi negeri.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis pecah tanah Ibu pejabat Dewan Perniagaan Dayak (DCCI) dan Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) di Jalan Ong Tiang Swee di sini pada Selasa.
Pembinaan ibu pejabat dikenali Pangau Dayak ditengah bandaraya Kuching itu menelan kos RM36 juta dengan keluasan 2.32 hektar dan berketinggian sembilan tingkat.
Kedua-dua menara ini turut dilengkapi dengan kemudahan kediaman pangsapuri dan kondominium. Ia dijangka siap menjelang 2022.
Sementara itu, Abang Johari memberitahu, kebebasan beragama di Sarawak juga terus diperkukuh menerusi pembinaan Kompleks Unit untuk Agama-agama Lain (UNIFOR). Kompleks baharu UNIFOR bernilai 70 itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
“Apabila saya mengesyorkan perkara ini kepada menteri-menteri lain, mereka semua memberikan sokongan.
Hari ini kita berada pada tapak bangunan baharu UNIFOR,” katanya.
Kompleks tersebut menyediakan fasiliti seperti bilik mesyuarat, dewan makan serta ruang komersial.
Jelas Abang Jo, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) akan bekerjasama dengan UNIFOR untuk menyemarakkan lagi elemen perpaduan di negeri itu.
Astro Awani
Tue Oct 20 2020
![Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603179882_DewanperniagaanDa.jpg)
Pembinaan dua menara Panggau Dayak menelan belanja RM36 juta dan berkeluasan 2.32 hektar. -Gambar Astro AWANI
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603179882_DewanperniagaanDa.jpg)
Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak