MELAKA: Menara Taming Sari di Banda Hilir di sini, kembali meneruskan operasinya seperti biasa hari ini selepas selesai dibaik pulih berikutan masalah teknikal yang dialami hingga menyebabkan 36 pengunjung terkandas semalam.
Timbalan Pengerusi Menara Taming Sari Berhad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, baik pulih kerosakan pada sistem teknikal menara itu dilakukan pada 8 malam tadi dan siap sepenuhnya pada 11 malam.
"Saya juga telah menaiki Menara Taming Sari untuk ujian kebolehkerjaan pada malam tadi dan pada pagi ini, saya juga bersama Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mengadakan lawatan semula di Menara Taming Sari bagi meninjau keadaan menara itu sebelum ia memulakan operasi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam media melaporkan 36 pengunjung berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam pelantar berputar jenis gyro Menara Taming Sari di Banda Hilir pada ketinggian 60 meter ketika ia sedang turun.
Dalam kejadian itu, pengunjung membabitkan 26 dewasa, lapan kanak-kanak, seorang warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU) berjaya diturunkan dengan selamat. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023

Menara Taming Sari di Banda Hilir, Melaka, kembali meneruskan operasinya seperti biasa hari ini selepas selesai dibaik pulih berikutan masalah teknikal yang dialami hingga menyebabkan 36 pengunjung terkandas semalam.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.

Menara Taming Sari kembali beroperasi hari ini
Baik pulih kerosakan pada sistem teknikal menara itu dilakukan pada 8 malam tadi dan siap sepenuhnya pada 11 malam.

Menara ikonik Melaka tersangkut, 36 pengunjung berdepan detik cemas
Kesemua penumpang berkenaan tersangkut pada ketinggian 60 meter ketika menara ikonik itu sedang bergerak turun.