SUNGAI SIPUT: Pemergian calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Padang Serai M Karupaiya semalam amat dirasai kerana mendiang merupakan pemimpin yang lantang membawa suara rakyat terutama masyarakat India, kata Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran.
"Satu situasi sukar. Kehilangan (beliau) pastinya dirasai ahli keluarga. Mendiang merupakan Ahli Parlimen yang sentiasa memperjuang hak dan nasib kaum India hingga ke Parlimen.
"Saya turut bersedih. Takziah kepada keluarga mendiang," katanya kepada Bernama selepas menyantuni masyarakat di Taman Kledang di sini malam tadi.
Karupaiya, 69, sepatutnya berdepan saingan enam penjuru menentang lima lagi calon bagi kerusi Parlimen Padang Serai iaitu Hamzah Abd Rahman (Pejuang-Putra), Datuk C. Sivaraj (BN-MIC), Mohd Bakhri Hashim (Warisan), Datuk Azman Nasrudin (PN-Bersatu) dan calon Bebas Sreanandha Rao pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pada PRU14, Karupaiya memenangi kerusi itu dengan majoriti 8,813 undi menewaskan calon PAS Muhamad Sobri Osman dan calon BN Datuk Dr Leong Yong Kong.
Mengulas proses pengundian di kawasan itu pada Sabtu susulan kematian Karupaiya, Vigneswaran yang juga calon BN di Parlimen Sungai Siput menyerahkan perkara tersebut kepada budi bicara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kita tunggu SPR. MIC tiada masalah. Saya percaya proses pengundian awal telah berlaku. Malah perkara tersebut juga telah termaktub dalam akta (SPR)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022

Vigneswaran (foto) berkata, mendiang Karupaiya merupakan wakil rakyat yang sentiasa memperjuang hak dan nasib kaum India hingga ke Parlimen. - Gambar fail/BERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

'Bapa seorang berdisiplin, berdedikasi berkhidmat kepada rakyat' - Anak
Mendiang M.Karupaiya yang merupakan penyandang dan calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Padang Serai adalah seorang yang selalu mendedikasikan masanya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Mendiang Karupaiya lantang bawa suara masyarakat India - Vigneswaran
Vigneswaran berkata, mendiang Karupaiya merupakan pemimpin yang lantang membawa suara rakyat terutama masyarakat India.