"Hari ini merupakan hari lahir Mejar Kayamboo yang ke-45, dan hari ini jugalah beliau meninggal akibat nahas pesawat terhempas petang tadi".
Demikian kata rakan seperjuangan kepada juruterbang TUDM Mejar C. Kayamboo yang maut akibat insiden pesawat jenis Beechcraft B200T yang dikendalikannya terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth pada 5.18 petang tadi.
Menurut Mejar Hassan Basri Tajul Arifin, kesedihan amat dirasai kerana rakan setugasnya itu merupakan seorang yang cukup ceria dan suka membantu rakan sekerja jika mengalami kesukaran.
"Baru pagi tadi, saya bertegur sapa dengan beliau pada Majlis Serah Terima Tongkat Kuasa Panglima TUDM yang diadakan di Pangkalan TUDM Subang, namun saya terlupa mengucapkan selamat hari lahir kepadanya," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.
Hassan, 37, yang bertugas di No 2 Skuadron, Subang, berkata mendiang Kayamboo yang berasal dari Pulau Pinang dan bertugas di Subang disifatkan sebagai seorang perwira yang sanggup berkorban demi tugas.
"Mejar Kayamboo sanggup meninggalkan keluarga di utara tanah air semata-mata menumpahkan kesetiaan demi menjaga keselamatan maritim negara apabila diarahkan," katanya.
Beliau mengenali mendiang sejak 2003 dan bersama-sama bertugas sebagai jurulatih di Alor Star, Kedah satu ketika dulu.
Beliau berkata mendiang merupakan seorang yang peramah dan sering menyapa setiap orang walaupun mendiang pegawai kanan.
"Mendiang juga seorang bapa dan suami yang amat mencintai isteri dan anak-anak, kerana beliau pernah berkongsi kisah hidup yang amat beliau hargai dalam setiap detik hidupnya," kata beliau.
Hassan Basri berkata mendiang Kayamboo akan terus dikenang kerana sering memudahkan urusan anggota yang lain ketika hayatnya.
Dalam kejadian pada 5.18 petang tadi, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, menyebabkan juruterbang Kayamboo maut, manakala tiga yang lain cedera.
Sumber polis berkata mayat Kayamboo dan kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Di BUTTERWORTH, hasrat isteri Kayamboo, S.Usha, 42, untuk menyambut ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-45 malam ini tidak kesampaian apabila menerima berita pemergian pasangan hidupnya itu.
Bapa saudara kepada Kayamaboo, A. Bikeikumaran, 58, memberitahu bahawa isteri juruterbang itu merancang untuk menyambut hari jadi suaminya selepas selesai kerja.
Beliau berkata isteri mendiang itu bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik kesihatan di Pulau Pinang.
"Anak saudara saya bertugas di TUDM Alor Setar, manakala isterinya tinggal di Sungai Nibong.
"Saya mendapat tahu berita ini daripada pihak TUDM dan memaklumkan kepada isteri anak saudara saya," katanya ketika ditemui di HSJ, di sini malam ini.
Bikeikumaran berkata pasangan itu mempunyai empat anak - dua lelaki, dua perempuan - berusia dua hingga 13 tahun.
Beliau berkata mayat juruterbang itu dijangka dibawa ke Sungai Nibong selepas bedah siasat. -- Bernama
Bernama
Wed Dec 21 2016

Gambar juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar C. Kayamboo yang dirakamkan pada Majlis Serah Terima Tongkat Kuasa Panglima TUDM di Pangkalan TUDM Subang pagi ini sebelum maut dalam nahas pesawat. - Foto Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Nahas pesawat Beechcraft bukan masalah teknikal - Timbalan Menteri
Tiada sebarang masalah teknikal pada pesawat jenis Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, Disember tahun lalu.

Mangsa nahas TUDM semakin pulih
Keadaan tiga orang mangsa nahas pesawat Beechcraft Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth pada bulan lepas kini dilapor dalam keadaan stabil.

Siasatan nahas pesawat Beechcraft TUDM menjurus kepada faktor teknikal, kemanusiaan
Siasatan nahas pesawat jenis Beechcraft B200T yang terhempas berhampiran Terminal Peluru, Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, 21 Dis lepas kini menjurus kepada faktor teknikal dan kemanusiaan.

Nahas TUDM: Hishammuddin galak anak lelaki juruterbang ikut jejak bapa
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggalakkan anak lelaki sulung mendiang Mejar C. Kayamboo supaya meneruskan impiannya menjadi seorang juruterbang.

Nahas pesawat TUDM: Saya mimpi buruk sebelum kemalangan - Ayah mendiang
M.Chellam memberitahu Astro AWANI hari ini bahawa beliau melihat anaknya dilitupi kain sarung bersama kelibat seorang lelaki terbaring.

Lembaga Penyiasat TUDM akan kenal pasti punca kemalangan pesawat
TUDM akan melakukan siasatan untuk kenal pasti punca pesawat malang Beechcraft King Air 200T yang terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan TUDM.

Nahas TUDM bunyi seakan-akan letupan bom - Saksi
Dua saksi yang berada 100 meter dari tempat kejadian berkata kira-kira 5 petang, beliau sedang bersiap untuk sembahyang di kuil tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan.

Mendiang meninggal pada hari ulang tahun - Rakan Mejar Kayamboo
Hari ini merupakan hari lahir Mejar Kayamboo yang ke-45, dan hari ini jugalah beliau meninggal akibat nahas pesawat terhempas petang tadi.

Insiden pesawat terhempas: Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya jadi tumpuan
Wad kecemasan Hospital Seberang Jaya malam ini, menjadi tumpuan selepas berlakunya insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas.

PM Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa pesawat TUDM terhempas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam insiden pesawat TUDM terhempas di Butterworth hari ini.