BIARPUN tidak lagi bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pemain beregu wanita negara, Lee Meng Yean menegaskan dia tetap akan meneruskan kejayanya sebagai pemain profesional.
Menurut pemain berusia 27 tahun itu, walaupun agak sukar membuat keputusan meninggalkan badan induk berkenaan, namun dia sentiasa bersedia untuk beraksi mewakili negara kelak.
"Ini adalah keputusan sukar buat saya, tetapi saya percaya dan bersedia dengan laluan yang seterusnya kerana biarpun tidak lagi bersama BAM saya tetap akan meneruskan kerjaya sebagai pemain profesional dan mewakili negara.
“Walaupun tidak lagi berlatih di BAM, ia bukan bermakna saya akan berhenti bermain, cuma saya hanya bermain di persekitaran yang berbeza.
“Jangan bimbang, saya tidak akan hilang daripada dunia badminton kerana saya tahu anda semua mahu menyaksikan Nyek Nyek (nama julukannya) terus bersinar di dalam gelanggang.
“Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang memberi sokongan sepanjang kerjaya saya termasuk rakan-rakan sepasukan yang banyak membantu; saya sangat menghargainya,” katanya di laman facebook miliknya pada Ahad.
Tindakan Meng Yean itu sekali gus dilihat seperti mengikuti jejak langkah dua bekas rakan sepaskannya, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei yang melakukan tindakan sama baru-baru ini.
Bagaimanapun, tindakan Meng Yean meninggalkan BAM bukanlah satu keputusan yang mengejutkan kerana dia dilihat bergelut untuk membentuk gandingan mantap bersama Yang Cheng Wen setelah gandingannya sebelum ini, Chow Mei Kuan mengumumkan persaraannya setelah tamat Sukan Olimpik Tokyo, Ogos 2021 lalu.
Sementara itu menerusi satu kenyataan media pada Sabtu, BAM mengesahkan Meng Yean tidak lagi bersama skuad badminton negara itu berkuat kuasa mulai hari ini (Sabtu).
Menurut kenyataan itu, Meng Yean 27, yang mengetuai skuad badminton wanita negara pada saingan Piala Uber 2020 selain beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 lalu, tidak lagi bersama skuad badminton negara mulai hari ini (Sabtu).
"BAM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Meng Yean atas sumbangannya kepada pasukan kebangsaan.
“Dia (Meng Yean) pergi dengan ucapan terbaik daripada semua yang berada di persatuan (BAM)," menurut kenyataan berkenaan.
Sinar Harian
Sat Jan 29 2022
![Meng Yean pula keluar BAM Meng Yean pula keluar BAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643464838_LeeMengYean.jpg)
Tindakan Meng Yean itu sekali gus dilihat seperti mengikuti jejak langkah dua bekas rakan sepaskannya, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei yang melakukan tindakan sama baru-baru ini. - Gambar/ BAM
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738392784_tbHerryIman.jpg)
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
![Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738359940_TBHenryIman.jpg)
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
![Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737449983_TanSriAzamBaki.jpg)
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
![Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736593695_DatukVSubramaniam.jpg)
Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.
![Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736590583_TBThinaah.jpg)
Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.
![BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728628202_tbVSubramaniam.jpg)
BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.
![BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735886514_TBKENNYSHAH.jpg)
BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.
![BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735723881_TanBinShenjpg.jpg)
BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.
![Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734957118_BAM.jpg)
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
![Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734946270_AaronChia.jpg)
Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.