SUNGAI BULOH: Orang ramai atau mana-mana individu yang terlibat dalam sebuah video tular memaparkan seorang lelaki mengamuk kerana mendakwa isterinya dirempuh sekumpulan individu yang meluru masuk ke padang bola sepak di Kuang diminta tampil membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut.
"Polis belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian, jadi kita minta kepada mana-mana individu terlibat dalam video berkenaan supaya tampil untuk membuat laporan.
"Dengan laporan yang dibuat akan membolehkan siasatan berkaitan kejadian dijalankan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Pada Selasa, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mengamuk selepas mendakwa isterinya dirempuh sekumpulan individu yang meluru masuk ke padang bola sepak di Kuang.
Insiden berlaku ketika orang ramai berebut untuk masuk ke padang bagi mengikuti cabaran yang dibuat seorang YouTuber terkenal yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.
Menerusi rakaman tersebut, seorang wanita dilihat tersungkur di atas padang dan dirempuh sekumpulan individu yang berpusu-pusu masuk ke padang untuk menyertai cabaran tersebut.
Menyedari isterinya dirempuh, seorang lelaki yang turut menyertai acara terbabit mula marah dan menjerit sambil mencari pelaku yang melanggar isterinya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 20 2022

Video tular memaparkan seorang lelaki mengamuk selepas mendakwa isterinya dirempuh sekumpulan individu yang meluru masuk ke padang bola sepak di Kuang. -Foto Sinar Harian

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Mengamuk isteri dirempuh: Polis minta individu dalam video tular tampil
Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut.