PENGUBAHAN wang haram ialah proses menjadikan wang atau aset yang diperoleh dari aktiviti haram kelihatan sah. Ia merupakan proses mencuci wang 'kotor' bagi menyembunyikan sumber asal wang tersebut.
Wang haram ini dibersihkan dengan bijak hasil daripada aktiviti haram, seperti rasuah, penipuan, pengedaran dadah, keganasan, pelacuran dan perjudian haram.
Ekonomi bawah tanah
Wang merupakan sebab utama untuk terlibat dalam aktiviti jenayah dan matlamatnya adalah untuk memasukkan wang haram ke dalam sistem kewangan, termasuk mata wang kripto, urus niaga kewangan rentas sempadan.
Ekonomi bawah tanah seiring dikaitakan dengan aktiviti jenayah menghasilkan antara 20 hingga 30 peratus daripada keluaran KDNK Malaysia dan suka atau tidak, juga ia turut membiayai ekonomi kita dengan skala yang besar.
Tiga peringkat pengubahan wang haram
Berikut ialah tiga langkah untuk membersihkan wang tersebut.
1. Penempatan: Pemindahan tunai haram yang memasuki sistem kewangan (melalui pindahan kawat dan pemindahan dana ke luar pesisir);
2. Lapisan: Proses di mana wang itu diasingkan daripada sumber asal haram; dan,
3. Integrasi: Akhirnya, wang memasuki semula sistem kewangan dan ekonomi melalui pelaburan yang sah.
Undang-undang pengubahan wang haram
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa untuk menguatkuasakan pemulihan aset yang dicuri melalui Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Di Malaysia, hukuman di bawah kesalahan AMLATFPUAA 2001 boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil, atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Artikel penulisan Mohamad Zamri Zainul Abidin, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram (SPRM) sangat baik.
Katanya, sejak kebelakangan ini, terdapat banyak salah faham tentang kegunaan kompaun sebagai salah satu strategi bagi pemulihan aset menggunakan akta tersebut.
Dalam pemikiran biasa, seseorang yang telah didapati bersalah melakukan pengubahan wang haram perlu dihukum dengan hukuman penjara, denda yang tinggi serta pemulihan keseluruhan aset yang dicuri.
Namun, realiti jauh lebih kompleks. Pemulihan wang haram menjadi lebih rumit disebabkan perubahan modus operandi penjenayah yang beroperasi dalam sindiket dan mengubah hasil pendapatan haram mereka melalui mata wang digital atau syarikat yang didaftar secara sah dengan wakil serta penama sebagai proksi untuk menyembunyikan harta mereka supaya sukar dikesan SPRM.
Selalunya, ia dilakukan melalui transaksi kewangan yang kelihatan sah sementara hasil pendapatan haram digunakan untuk tujuan sah atau haram bagi meningkatkan lagi hasil pendapatan.
Ia juga boleh diderma kepada pertubuhan amal atau dijadikan sebagai bayaran untuk perkhidmatan atau pembelian yang sah ataupun bagi tujuan pembiayaan politik.
Semangat akta pengubahan wang haram
Dalam konteks ini adalah penting untuk memafahami inpati atau semangat Akta Pengubahan Wang Haram yang berbeza daripada Akta-Akta lain termasuk Kanun Keseksaan yang digunakan untuk mendakwa dan menjatuhkan hukuman setimpal bagi mencegah penjenayah.
Zamri berkata yang penting sesuatu tindakan itu lebih praktikal untuk mendapatkan semula aset yang disita dan rampas dikembalikan kepada rakyat melalui Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan serta melupuhkan sindiket.
Seseorang pesalah juga boleh terlepas atas faktor teknikal sewaktu proses rayuan yang melibatkan masa yang panjang. Atau mungkin pesalah itu berjaya disabitkan dan dipenjarakan beberapa tahun, dan apabila dibebaskan, tidak mustahil dia masih boleh mengakses duit haramnya atau dilabur secara sah melalui proksi mereka.
Seseorang pesalah pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan pula yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda, ada kemungkinan pendakwaan kes tersebut mengambil beberapa tahun untuk membuktikan dengan tanpa keraguan kesalahan pesalah tersebut.
Apa yang dinyatakan beliau benarnya. Lagpipun adalah tidak tepat jika dibuat perbandingan antara kes pengubahan wang haram dengan Kanun Keseksaan.
Strategi pemulihan aset
Sebaliknya, beberapa strategi mampu untuk pemulihan aset dengan menggunakan AMLATFPUAA.
Antaranya, pendakwaan jenayah, pelucutan sivil, denda kompaun, pemulihan aset kepada pemilik-pemilik sah dan pemulihan aset dari orang-orang yang melarikan diri.
Pemilihan strategi digunaka bergantung kepada kesesuaian, keseimbangan risiko, kebolehan untuk mengumpul bukti dan saksi-saksi yang bergantung kepada perjanjian perjanjian rentas sempadan dan lain-lain faktor yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan memulihkan aset.
Denda Kompaun
Ia sangat tepat bila dikatakan kes mengenakan kompaun untuk pemulihan aset, AMLATFPUAA tidak perlu membuktikan tanpa keraguan bagi menawarkan pembayaran denda kompaun kepada tertuduh seperti kes di bawak Kanun Keseksaan.
Kesalahan kompaun sama sekali tidak menunjukan bahawa tertuduh itu tidak bersalah. Ia merupakan tindakan punitif dan tindakan membayar kompaun tersebut merupakan satu pengakuan kesalahan.
Memang tepat, strategi ini menjimatkan kos dan masa mahkamah dengan pemulihan sebahagian aset yang dipertikaikan tanpa perlu melalui proses mahkamah yang panjang. Namun, jika tertuduh gagal membayar kompaun tersebut, dia boleh didakwa dalam perbicaraan penuh dalam mahkamah.
Kejayaan SPRM dalam pemulihan aset
Sehubungan dengan ini, SPRM telah berjaya mencapai sebanyak 45% dalam pemulihan aset, atau RM21 bilion dengan penubuhan Pasukan Petugas Khas Antarabangsa mengenai pemulihan aset dan pendakwaan 1MDB. Ahli-ahli pasukan ini terdiri daripada Malaysia, Amerika Syarikat, Perancis, Singapura, Switzerland dan Luxembourg.
Di dalam negara, SPRM masih terus memulihkan aset berkaitan 1MDB. Antaranya ialah 80 individu dan entiti yang dikenakan notis-notis kompaun kerana menerima dana berjumlah RM420 juta dari 1MDB.
Kaedah pemikiran luar kotak
Ramai rakyat Malaysia telah disiasat dan didakwa oleh SPRM.
Seseorang ‘politically exposed person’ mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terlibat dalam pengubahan wang haram kerana jawatan yang mereka pegang.
Mereka berfikir di luar kotak untuk membersihkan wang haram dengan pelbagai cara. Selain perniagaan dan peruncitan, pembiayaan politik, pilihan raya atau menubuhkan badan kebajikan adalah salah satu kaedah bukan konvensional yang digunakan untuk mencuci wang haram mereka.
Selain itu, kotak berisi wang tunai dikatakan diterbangkan melalui jet swasta.
Wang tunai haram adalah sumpahan yang tidak berani dibangkitkan dalam pilihan raya akan datang (dirty cash is a curse that dares not speak its name in the upcoming election).
Mereka sepatutnya mengelak daripada pengubahan wang haram kerana ia meracuni dan meninggalkan kekotoran pada demokrasi kita yang tidak akan hilang dengan mudah.
* Datuk Seri Akhbar Satar merupakan Pengarah dan Pemegang kursi profesor, Institut Jenayah & Kriminologi, Universiti HELP.
** Artikel ini adalah dari pandangan peribadi dan perspektif bidang tugas penulisnya, dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Akhbar Satar
Wed Apr 27 2022

Wang haram ini dibersihkan hasil daripada aktiviti seperti rasuah, penipuan, pengedaran dadah, keganasan, pelacuran dan perjudian haram. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Penahanan pegawai tiada kaitan dengan Sarawak Media Group/TVS
Sarawak Media Group/TVS berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberi bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.

Bangladesh mohon bantuan Singapura dapatkan semula wang dipindahkan secara haram
Sejumlah besar wang telah dipindahkan keluar dari Bangladesh ke banyak negara, termasuk Singapura

Rasuah EU: Panzeri, Kaili, Tarabella kekal dalam tahanan praperbicaraan
Panzeri dan dua suspek lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam pertubuhan jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah.

Skandal 'Qatargate': Dua ahli Parlimen Eropah ditahan
Dua Ahli Parlimen Eropah dan dua suspek lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam organisasi jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah.

Kronologi kes Shafee berhubung pengubahan wang haram RM9.5 juta dan LHDN
Hakim mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Shafee di akhir kes pendakwaan.

Kronologi kes subahat pecah amanah, ubah wang haram, salah guna harta Syed Saddiq
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penyandang kerusi Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri.

Pakistan sambut baik dikeluarkan daripada 'grey list'
Pakistan telah mengukuhkan keberkesanan mekanismenya terhadap menangani pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Mahkamah tolak permohonan Syed Saddiq cabar kredibiliti saksi utama pendakwaan
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid ketika membuat keputusan itu berkata tiada keperluan untuk mencabar kredibiliti saksi berkenaan.

Mengejar wang haram mencemarkan demokrasi kita
Wang haram ini dibersihkan hasil daripada aktiviti seperti rasuah, penipuan, pengedaran dadah, keganasan, pelacuran dan perjudian haram.

Rosmah gagal percubaan kedua mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.