KUALA LUMPUR:Malaysia perlu mengkaji sumbangan besar yang diberikan Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid kepada negara dan masyarakat.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar pada masa sama berkata, pemikiran Tokoh Akademik dan Ekonomi itu perlu diajar di institusi pengajian tinggi.
"Saya percaya beliau sebelum ini telah menelaah atau mengkaji beliau telah menelaah haiku jepun dan sebagainya, untuk mencerminkan pemikiran orang Jepun sebab itu beliau menggunakan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu, The Genius of the Malay Mind.
"Jadi ini adalah kekuatan yang ada pada Pak Ungku," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype pada Rabu.
BACA: Prof Diraja Ungku Abdul Aziz meninggal dunia
Malah, katanya, pada ketika ini, apa yang lebih penting ialah pembinaan monumen minda dalam kalangan masyarakat seperti yang pernah ditekankan Prof Ungku Aziz.
"Jadi saya kira apa yang lebih penting ialah kita perlu bina monumen minda. Perkataan minda itu dipopularkan oleh Pak Ungku.
"Jadi kalau kita dapat mengkaji dan memberikan tumpuan kepada sumbangan yang telah diberikan oleh Pak Ungku, saya fikir itu adalah sumbangan yang paling besar dapat kita lakukan kepada negara," katanya lagi.
Ujarnya, generasi muda hari ini harus memahami bahawa Prof Ungku Aziz adalah seorang ikon yang tiada galang ganti dalam masyarakat.
Pada masa sama, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Rahimah Abdullah
Wed Dec 16 2020

JOHAN: Kalau kita dapat mengkaji dan memberikan tumpuan kepada sumbangan yang telah diberikan oleh Pak Ungku, saya fikir itu adalah sumbangan yang paling besar dapat kita lakukan kepada negara. -Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Pak Ungku usaha bawa peningkatan sosio-ekonomi sebenar negara - Muhyiddin
Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz merupakan intelektual awam yang tidak mementingkan diri dan membawa peningkatan sosio-ekonomi sebenar kepada negara.

Mengenang Prof Ungku Aziz: Kaji sumbangan dalam membina monumen minda masyarakat - Johan Jaaffar
Pemikiran Tokoh Akademik dan Ekonomi itu perlu diajar di institusi pengajian tinggi, kata Johan.