KUALA LUMPUR:Sosok tubuh dan wajah seperti orang Inggeris, tetapi jiwanya jauh lebih Melayu daripada sesetengah mereka yang mencatat "bangsa Melayu" dalam dokumen pengenalan atau sewaktu mengisi borang butiran diri.
Malah pemahaman dan perjalanan hidupnya lebih Islam daripada sesetengah mereka yang sekadar mewarisi agama itu, juga sekadar yang tercatat dalam dokumen pengenalan diri.
Itu antara pemerhatian yang penulis perolehi daripada perbualan, cakap-cakap, perbincangan, mengenai cendekiawan ulung tanah air, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, 98, yang pulang ke Rahmatullah akibat sakit tua, 4.30 petang, Rabu (16 Disember 2020).
Lebih Melayu daripada sesetengah orang Melayu, ertinya beliau bukan sekadar berusaha memajukan diri sendiri, tetapi begitu prihatin dalam membela nasib bangsa Melayu.
Antara pembuktiannya adalah ketika lahirnya Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA (1971), datang daripada cetusan pemikiran beliau tentang pentingnya Melayu dan Bumiputera sama-sama melibatkan diri dalam bidang ekonomi.
Lebih Islam daripada sesetengah orang Islam, ertinya beliau bukan sekadar melakukan amal ibadat untuk diri sendiri dan keluarga terdekat, tetapi begitu prihatin memastikan orang Islam mempunyai sandaran untuk merealisasi Rukun Islam kelima.
Visinya ketika itu, adalah supaya orang Islam mempunyai saluran yang selamat untuk menyimpan wang, dan seterusnya menunaikan ibadat haji.
Maka, tertubuhnya Tabung Haji (1969) tempat khusus untuk orang Islam menyimpan wang tanpa resah memikirkan soal riba dan soal keberkatan, sekali gus mampu menunaikan Haji.
Jika ingin dibicarakan soal jasa dan sumbangan Allahyarham kepada pembangunan sosio negara, barangkali berkajang-kajang kertas pun tidak cukup.
Namun bagi Alumni Universiti Malaya, Dr Dzulkhaini Hussein, juga merupakan pakar pergigian terkenal, dan pengasas Bumi Dental Suppliers Sdn Bhd, jasa Ungku Abdul Aziz yang paling dekat di hati beliau adalah mencari dan mencungkil potensi anak-anak Melayu yang kurang berkemampuan.
“Apabila saya bersama beliau di Universiti Malaya, saya kagum dengan satu sistem yang beliau asaskan untuk membawa budak-budak Melayu yang tak patut masuk universiti, patut dimasukkan, dengan mengadakan sistem seakan-akan Tingkatan Enam di Universiti Malaya. Maka lahirlah Pusat Asasi Sains UM (1977).
“Maka saya dan dua tiga orang lagi seperti Mohd Said Kadis umpamanya, Zainom (rakan-rakan seangkatan era 70-an)…kami diarahkan keluar merantau ke negeri Perak, Kelantan, dan Terengganu untuk mencari budak-budak Melayu. Tapi kami perhatikan budak Melayu di luar bandar banyak yang pandai tapi tidak diberi peluang.
“Akhirnya ada peluang untuk mereka hasil pandangan jauh Ungku Abdul Aziz,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, semalam, tempat jenazah cendekiawan itu disemadikan.
Penulis merupakan media yang paling awal berada di tanah perkuburan tersebut, tetapi Dr Dzulkhaini dilihat lebih awal tiba untuk memerhatikan kerja-kerja penggalian tanah kubur, membuatkan keberadaannya di situ suatu subjek penting bagi penulis dekati dan bertanya.
“Saya datang malam ini untuk menghormati seorang Pahlawan Melayu yang saya hormati. Walaupun hari hujan, lebat, saya kena datang juga,” ujarnya ringkas.
Ketika jenazah selesai dikebumikan, dan sedang ditalkinkan, pandangan penulis tertumpu kepada satu lagi sosok tubuh yang terpaksa duduk di atas kerusi, kerana faktor keuzuran.
Pantas penulis mendekati memohon kebenaran beliau untuk ditemu ramah, memohon dikongsikan secebis kisah mengenai Ungku Abdul Aziz.
Kerana mengenali peribadi Ungku Abdul Aziz, mana-mana manusia yang pernah berkenalan dengan beliau, pasti ada kisah penuh inspirasi untuk dikongsikan.
“Dua perkara yang sinonim dengan Ungku Abdul Aziz – membela masyarakat Melayu, memperjuangkan Bahasa Melayu,” lelaki itu, Dr Syed Husin Ali membuka bicara, sejurus selesai pengebumian Ungku Abdul Aziz.
Dr Syed Husin, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, yang kini menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Yayasan Usman Awang berkata, pemergian Allahyarham memang merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada negara.
“Beliau antara orang pertama memperjuangkan penggunaan Bahasa Melayu di Universiti Malaya. Beliau juga dari segi bahasa misalnya, menguruskan Kongres Bahasa di Singapura dan Johor Bahru dan selepas itu menjadi Pengarah pertama Dewan Bahasa Dan Pustaka (1956-1957).
“Ertinya beliau waktu itu sudah memperjuangkan soal Bahasa Melayu lebih awal daripada kebanyakan orang yang lain. Dan satu lagi beliau sebenarnya bukan sahaja berminat pada soal kemiskinan dan mengkaji mengenainya, tetapi dia juga memperjuangkan nasib orang yang miskin,” katanya lagi.
Syed Husin berkata, biarpun Ungku Abdul Aziz juga mementingkan soal politik, memandangkan isu bahasa, bangsa, kemiskinan sebagain contoh berkait rapat dengan politik negara, namun tidak pernah tokoh akademik itu melibatkan diri dalam politik kepartian.
Dalam pada itu, Naib Presiden ANGKASA Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, penubuhan sistem koperasi cetusan idea Ungku Abdul Aziz, sangat signifikan dalam agenda pembangunan ekonomi Melayu dan Bumiputera.
“Beliau tubuhkan Angkasa yang memayungi semua koperasi di Malaysia, menggalakkan pewujudan koperasi di sekolah sekolah, malah di dunia ini satu-satu negara yang ada koperasi sekolah hanya di Malaysia.
“Kini hampir 98 hingga 99 peratus sekolah menengah ada koperasi. Sekolah pun dapat menghasilkan pulangan lebih dari RM1 juta, sama seperti koperasi di luar.
“Ini buah pemikiran beliau yang ingin mendidik asal di sekolah untuk jadi usahawan dan juga menggalakkan dunia perdagangan khususnya di kalangan bumiputera,” katanya lagi.
Al-Fatihah, dan salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Allahyarham. Apabila sudah mengenali, barulah kita lebih mengerti seperti apa insan bernama Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid ini.
Firdaus Azil
Wed Dec 16 2020

Jika ingin dibicarakan soal jasa dan sumbangan Allahyarham kepada pembangunan sosio negara, barangkali berkajang-kajang kertas pun cukup.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Google rai hari lahir Tokoh Budayawan Melayu, Azah Aziz menerusi 'Google Doodle'
Ilustrasi khas yang dipaparkan secara umum di laman utama enjin carian itu diabadikan bagi memperingati jasanya dalam memelihara budaya, tekstil dan pakaian tradisional kaum Melayu.

Mengenang Ungku Aziz: Isu kemiskinan Melayu dan 4 perkara bentuk sikap
Antara isu yang menjadi fokus kajian dan pemikiran Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid adalah mengenai kemiskinan orang Melayu.

Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati
Jika ingin dibicarakan soal jasa dan sumbangan Allahyarham kepada pembangunan sosio negara, barangkali berkajang-kajang kertas pun tidak cukup.

Pemergian Prof Ungku Aziz: "Beliau satu dalam sejuta" - Prof Shamsul Amri
Sumbangan Allahyarham kepada negara dan bangsa bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan ekonomi, malah kepada insitusi pendidikan.

Prof Diraja Ungku Abdul Aziz meninggal dunia
Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.