SERI ISKANDAR: Mengguna pakai teknologi dalam soal pendidikan, khususnya pengajian tinggi, bukan lagi soal remeh kerana ia sudah menjadi satu keperluan penting untuk mengekalkan daya saing global, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata ini selaras dengan Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi Malaysia 2015-2025 yang menggalakkan pembelajaran dalam talian global bagi menyediakan pendidikan yang boleh diakses, sambil menyesuaikan pengalaman pembelajaran dengan keperluan setiap pelajar.
Dalam ucapannya di persidangan International Conference On Advancing And Redesigning Education (ICARE'23) di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di sini semalam, beliau berkata persidangan dua hari dengan tema "Reshaping Future Education through Digital Transformation" itu selari dengan perubahan pesat yang sedang dilalui dalam sektor pendidikan global.
"Kemajuan teknologi telah memangkinkan perubahan besar dalam cara kita mengajar, belajar dan mentadbir pendidikan.
"Persidangan ini berfungsi sebagai forum yang ideal untuk meneroka dan melaksanakan strategi ini," katanya. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Suud.
Mohamed Khaled berkata Kementerian Pengajian Tinggi telah mengusulkan satu Kertas Putih bagi menggerakkan strategi mantap dalam mengenal pasti, membangungkan, mengguna pakai dan menyepadu semua kepintaran teknologi termaju ke dalam sektor pendidikan.
"Kertas putih 'A New Horizon for Science, Technology and Innovation - A Strategy for Malaysia' bertujuan menilai secara khusus dan mendalam kesan serta strategi dalam menguruskan pelbagai gangguan teknologi semasa dan masa hadapan terhadap pengajaran, pembelajaran dan tadbir urus institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
"Saya percaya inisiatif ini amat berharga dalam membentuk hala tuju landskap pendidikan kita," katanya.
Sementara itu Naib Canselor UTP Prof Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata UTP sentiasa sedar mengenai perubahan, bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga ketidaktentuan tempat kerja semasa.
"Sehubungan itu kami memastikan bahawa graduan kami telah bersedia untuk masa depan. Kami melakukan ini dengan memastikan asas kurikulum itu kukuh. Kami mencabar pelajar dengan pelbagai projek berlainan dan juga dengan cara kami mengajar.
"Ia bukan lagi sekadar pendekatan mengajar dengan cara bercakap dan menulis di papan hitam, malah sebelum pandemik (lagi), dan menerusi Pusat Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (CETaL), kami kaji cara yang terbaik untuk pelajar kami belajar. Kami latih pensyarah kami untuk memahami bahawa cara pelajar belajar adalah berbeza. CETaL merupakan bukti komitmen UTP dalam mentransformasi dan menginovasi pengajaran dan pembelajaran," tambahnya.
ICARE'23 dianjurkan oleh GLU, yang terdiri daripada Universiti Multimedia (MMU), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dan UTP sebagai hos.
Anjuran bersama Majlis Ketua-ketua E-Pembelajaran IPTA (MEIPTA), persidangan dua hari yang bermula semalam itu turut menyasarkan untuk mewujudkan peluang-peluang kolaborasi dengan penekanan kepada pembinaan hubungan antara akademik dan industri.
Ia juga bertujuan mengukuhkan budaya penyelidikan dalam kalangan pendidik, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, yang dibahagikan lagi kepada empat landasan utama, iaitu Pembelajaran Teknologi Dipertingkatkan, Kurikulum dan Penawaran Program Inovatif, Pembelajaran Luar Kelas dan Kampus Digital.
ICARE'23 menarik penyertaan kira-kira 150 peserta yang terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, graduan dan ahli industri, berkumpul untuk bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam perkembangan terkini serta penemuan baharu penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Mazliham ketika menyampaikan ucapan Mohamed Khaled pada persidangan ICARE'23 di UTP, Seri Iskandar, 21 Nov 2023. --fotoBERNAMA
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.
Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.
Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.
PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Kelebihan diplomasi sebagai doktrin asas pertahanan negara
Pendekatan ini penting kerana isu geopolitik tidak boleh diuruskan secara terburu-buru atau emosional.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.