MEMILIKI formasi batu tertua di Asia Tenggara serta tiga taman georimba iaitu Machincang Cambrian Geoforest Park, Kilim Karst Geoforest Park dan Dayang Bunting Marble Geoforest Park, Pulau Langkawi merupakan destinasi impian bagi mereka yang ingin menyelami keindahan alam semula jadi.
Terdapat pelbagai aktiviti yang cukup mengujakan untuk diterokai, bukan sahaja berjalan kaki di bawah sinaran mentari di Pantai Cenang, malah pengunjung boleh berlibur di Air Terjun Telaga Tujuh atau menikmati keindahan pemandangan paya bakau yang memukau.
Tahukah anda Langkawi merupakan sebahagian daripada 99 gugusan pulau di Laut Andaman yang telah diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark pertama di Asia Tenggara sejak tahun 2007? Landskap kars (landskap semula jadi yang terbentuk daripada batu kapur) pulau ini pula terbentuk daripada hakisan dan formasi batuan sejak 550 juta tahun lalu.
Kepelbagaian biodiversiti pulau ini merangkumi hutan batu kapur, hutan batu pasir, hutan granit dan paya bakau. Machincang Cambrian Geoforest Park pula merupakan satu-satunya georimba di dunia yang terbentuk daripada batu pasir.
Pembentukan puncak geotapak Machincang misalnya terhasil daripada peninggian dasar laut yang terbentuk daripada pemendapan batu pasir diikuti dengan proses luluhawa berterusan dan hakisan oleh air hujan.
Dengan pewujudan perkhidmatan SkyCab iaitu kereta kabel dengan jalur laluan paling curam di dunia oleh Panorama Langkawi, kini pengunjung boleh menikmati keindahan panorama 360 darjah pulau ini dari puncak Machincang.
Terdapat pelbagai tempat menarik untuk diterokai, namun di sini kami senaraikan beberapa destinasi dan aktiviti terbaik bagi melengkapkan percutian anda di Langkawi.
Terokai suasana desa yang mendamaikan di Pulau Tuba
Lupakan hingar-bingar dan kesesakan kota dengan menuju ke Pulau Tuba, sebuah lokasi hidden gem yang terletak kira-kira lima kilometer dari arah selatan Langkawi.
Cara terbaik untuk meneroka perkampungan nelayan ini adalah dengan menyewa motosikal atau van. Pengunjung juga boleh tiba ke pulau ini dengan menaiki bot dari Jeti Pekan Rabu.
Untuk merasai pengalaman santai dalam suasana mendamaikan, pengunjung boleh menikmati pemandangan sawah padi selain menyaksikan kerbau-kerbau berkeliaran di jalanan atau rumah-rumah kampung yang penuh warna-warni di Desa Keda Teluk Berembang.
Selain itu, anda juga boleh memilih untuk melakukan aktiviti pendakian di Bukit Licin, meneroka Gua Wang Buluh dan Gua Kelawar, menelusuri hutan Bukit Kecik bagi menyaksikan keajaiban geologi yang memukau atau menikmati mi udang di Tanjung Pandan.
Mengelilingi pulau dengan menaiki jet ski
Untuk pengalaman mengelilingi pulau yang menarik, anda boleh mencuba aktiviti ini di bawah kendalian Mega Watersports secara profesional di Pantai Cenang.
Pengalaman 'meredah' Laut Andaman selama empat jam dengan menaiki jet ski bakal membawa anda singgah sebentar di lapan buah pulau termasuk Pulau Dayang Bunting, Beras Basah, Singa Besar, Rebak Besar serta The Fjords of Langkawi.
Rasai derauan adrenalin semasa anda memecut dan meningkatkan kelajuan sebaik sahaja anda menghidupkan sistem pencucuhan untuk menunggang jet ski. Panduan terbaik untuk mengelakkan jet ski anda daripada terbalik adalah dengan mengekalkan kestabilannya. Percayalah, anda tidak akan terjatuh walaupun anda baru pertama kali mencubanya!
Pengalaman berada pada ketinggian 708 meter dari paras laut!
Menaiki kereta kabel SkyCab di bawah kendalian Panorama Langkawi membawakan pengalaman mengujakan pada ketinggian 708 meter dari paras laut. Terletak di sebelah barat pulau, perjalanan ini menelusuri jajaran sepanjang 2.2 kilometer yang menghubungkan stesen permulaan di kaki Gunung Machincang sehingga ke stesen akhir di puncak.
Selain kereta kabel, pengunjung juga boleh bersiar-siar menikmati pemandangan di atas SkyBridge iaitu jambatan rentang bebas dan melengkung terpanjang di dunia iaitu sepanjang 125 meter.
Tarikan aktiviti lain yang ditawarkan oleh Panorama Langkawi termasuklah SkyRex, Oriental Village, 6D Cinemotion dan 3D Art Langkawi.
Jelajah Pekan Kuah dan Laman Padi
Luangkan masa sehari anda dengan bersiar-siar di Pekan Kuah yang sebelum ini merupakan perkampungan nelayan dan kini telah berubah wajah menjadi destinasi tumpuan pelancong bagi aktiviti beli-belah di pulau bebas cukai Langkawi.
Antara barangan yang wajib dibeli dalam kalangan pelancong domestik termasuklah coklat, perkakasan dapur serta minyak wangi. Tarikan destinasi pelancongan lain yang terdapat di Pekan Kuah termasuklah Dataran Lang, Balai Seni Negara Langkawi dan Menara Maha.
Selain itu, nikmati sajian dengan berlatarkan sawah padi di Restoran Kerisik, Laman Padi yang berdekatan dengan Pantai Cenang. Menawarkan pelbagai sajian tradisional Melayu, aneka menu pilihan termasuklah set Nasi Tuba, set Nasi Padang Lalang, set Nasi Sunda dan set Nasi Kedawang.
Tarikan ekopelancongan di Kubang Badak BioGeoTrail
Destinasi ekopelancongan terbaru di Langkawi ini telah menerima pengiktirafan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) Gold Awards 2021 di bawah kategori warisan. Kubang Badak BioGeoTrail terdiri daripada 12 lokasi berbeza untuk diterokai dengan menaiki bot dari Jeti Kubang Badak.
Terletak di utara Langkawi, kawasan ini kaya dengan kepelbagaian khazanah geologi serta sejarah kependudukan komuniti Siam menerusi penemuan peninggalan tanur arang berbentuk kubah yang dibina di kawasan hutan paya bakau dan berusia lebih 100 tahun untuk penghasilan bahan bakar sekitar abad ke-18.
Rumah tradisional ekslusif di Kunang-Kunang Heritage Villas
Dimiliki oleh pereka terkenal, Datuk Radzuan Radziwill, penginapan ‘hidden gem’ di Langkawi ini terdiri daripada 20 buah rumah tradisi Melayu yang masih mengekalkan rekaan dalaman dengan penyesuaian kehidupan desa serta gabungan sentuhan moden.
Selami ketenangan di kolam air masin yang terbentang luas dan nikmati sajian hidangan Melayu di Restoran Pohon Beringin. Kunang-Kunang Heritage Villas ini terletak berhampiran Lapangan Antarabangsa Langkawi dan pastinya membuatkan anda terpesona dengan keunikan suasana persekitarannya yang rata-rata menggamit kunjungan pelancong antarabangsa.
*Kunang Kunang Heritage Villas
Alamat: 1947A, Jalan Pantai Cenang, Kampung Gelam, Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
Nombor telefon: +604 952 3656
WhatsApp: +6013-4372378
Laman web: www.kunangkunangresort.com
Facebook: Kunang Kunang Heritage Villas
Instagram: kunangkunangheritagevilla
*Artikel ini dibawakan khas oleh Tourism Malaysia
Haikal Raman
Wed Feb 09 2022
Pulau Dangli merupakan antara lokasi terbaik untuk aktiviti selam snorkel (snorkeling) di Langkawi. - Tourism Malaysia
100 pemimpin wanita sertai program perantis tahun INI - Nancy
Sebanyak 100 pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang profesional di seluruh negara dijangka menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
Perpustakaan Syed Naquib Al-Attas bakal bertaraf premier - PM
Kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
10 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam Ahad mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga 1 pagi Isnin.
PDRM perketatkan keselamatan Prabowo Subianto esok
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.
[TERKINI] PM Anwar minta lawatan Prabowo tidak diganggu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya pada Isnin tidak mengganggu urusan lawatan rasmi Presiden Indonesia yang dijadual berlangsung pada waktu sama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Januari 2025.
10 Berita Pilihan - (26 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM minta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda
Seramai 1,000 pesawah yang merancang untuk berhimpun di Putrajaya pada Isnin diminta untuk menunda ke satu tarikh lain.
Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prabowo tetamu utama sambutan ke 76
Sambutan Hari Rupublik India ke 76 pada Ahad cukup meriah dengan perarakan warna warni yang memaparkan kekuatan ketenteraan dan kepelbagaian budaya di tengah-tengah ibu negara, New Delhi.
Rasai pengalaman, suasana ladang sebenar di D'Bilut Agro Farm!
Sekiranya ingin merasai pengalaman sebenar berada di ladang, DBilut Agro Farm di Lurah Bilut, Bentong merupakan destinasi yang wajib dikunjungi.
Menghayati keajaiban Pulau Langkawi
Memiliki formasi batu tertua di Asia Tenggara serta tiga taman georimba, Pulau Langkawi merupakan destinasi impian bagi mereka yang ingin menyelami keindahan alam semula jadi.
Percutian terbaik, segalanya ada di Melaka!
Dalam artikel Staycation the Urban Escapade dibawakan khas oleh Tourism Malaysia pada kali ini, kami akan memfokuskan pelbagai lokasi wajib dilawati sekiranya anda melancong ke Melaka.