KUALA LUMPUR: Menguasai bahasa Perancis bukan mudah namun dengan pendekatan yang tepat, kesukaran itu mampu diatasi.
Berkongsi pengalaman, seorang pelajar Aliah Azahar, 19, berkata hasrat mempelajari bahasa asing harus disertai dengan minat kerana ia akan membuatkan seseorang itu lebih bermotivasi untuk belajar dan berlatih.
Pelajar tahun pertama jurusan Pengurusan Perniagaan dan Sains Politik Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL-MFI) itu berkata, penguasaan bahasa Perancis penting kerana ia antara bahasa perniagaan selepas Bahasa Inggeris serta Mandarin.
"Ia memang susah dipelajari pada permulaannya... yang penting kita mesti faham dan hadam rukun pertama belajar bahasa iaitu tiada bahasa yang susah tetapi ia menjadi berat apabila kita menyusahkannya," katanya kepada Bernama pada Festival Of French-speaking Authors yang julung kali diadakan, di sini, pada Ahad.
Festival sehari anjuran Rencontre Des Auteurs Francophones bersama Kedutaan Perancis serta Dewan Perniagaan dan Industri Perancis Malaysia itu menghimpunkan penulis, bakat baharu serta pembaca menerusi bengkel, jualan buku dan pelbagai aktiviti sastera.
Ahli Jawatankuasa Rencontre des Auteurs Francophones Pom Madendjiqn pula berkata, bahasa Perancis adalah bahasa asing kedua yang dipelajari di sekolah menengah di Malaysia selepas bahasa Jepun.
Beliau berkata, kira-kira 15,000 pelajar dari 101 sekolah menengah di seluruh Malaysia mempelajari Bahasa Perancis sebagai bahasa kedua manakala kira-kira 150 guru tempatan mengajar bahasa itu di sekolah dan universiti.
"Kementerian Pendidikan menggalakkan pelajar menguasai bahasa lain kerana ia membuka peluang untuk mereka belajar di luar negara, melancong dan membuka perniagaan di pelbagai negara.
"Dalam era globalisasi, anak muda Malaysia perlu dilengkapi dengan akses kepada bahasa lain dan pembelajaran ahasa Perancis adalah aset untuk mereka kerana ia mewujudkan pelbagai peluang," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024

Aliah Azahar (dua, kanan) dan pelajar jurusan kejuruteraan UniKL-MFI, Laila Melissa Wright (kanan) ditemui wartawan pada Ahad ketika menghadiri Festival Of French-speaking Authors. - Gambar Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.

Pelajar Malaysia di Syria selamat - Mohamad Hasan
Semua pelajar berada di kampus universiti dan situasi mereka sentiasa dipantau Konsulat Malaysia di Syria.

Kementerian Luar pastikan keselamatan pelajar Malaysia susulan rusuhan di Bangladesh
Kementerian Luar telah mengarahkan semua langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan pelajar Malaysia di Bangladesh.

Pameran Pendidikan Korea di Kuala Lumpur untuk tarik minat pelajar Malaysia
Pameran itu bertujuan menarik minat pelajar antarabangsa yang cemerlang, dengan menampilkan kelebihan menyambung pengajian di Korea Selatan.

Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.

Mindef sedia hantar ATM ke Asia Barat bantu urus keselamatan pelajar Malaysia - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan.

Kariah masjid solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Megat Ashman Aqif
Solat itu diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Yussuf, Muhammad Shamsuddin dan turut dihadiri datuk kepada Allahyarham dan ahli keluarga lain.

Menguasai bahasa Perancis buka pelbagai peluang buat pelajar Malaysia
Bahasa Perancis adalah bahasa asing kedua yang dipelajari di sekolah menengah di Malaysia selepas bahasa Jepun.

28 pelajar Malaysia ikuti program YES di Amerika Syarikat
Apabila tiba nanti, pelajar akan ditempatkan bersama keluarga angkat dan sekolah angkat mereka di seluruh Amerika Syarikat.

Keluarga pelajar Malaysia yang maut di Taiwan bakal terima pampasan
Kematian pelajar itu didedahkan pada 13 Oktober tahun lalu oleh polis New Taipei selepas si pelaku mengakui dia telah membunuh mangsa.