Umur mengundi pada pilihan raya yang diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun akan memberi peluang kepada generasi muda untuk sama-sama menentukan masa hadapan negara.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha berkata, selain itu ia juga selari dengan amalan demokrasi di negara lain yang menetapkan umur pemilih pada 18 tahun.
"Hak untuk mengundi wajar diberi kepada mereka yang sudah berumur 18 tahun dan ia mengiktiraf peranan mereka untuk negara.
"Sebagai badan induk pertubuhan belia di Malaysia, MBM menyokong sepenuhnya usaha kerajaan meminda had umur pemilih dari 21 tahun kepada 18 tahun kerana sudah sampai masanya anak muda di negara ini diberi hak serupa seperti warganegara Malaysia yang lain," katanya kepada Bernama.
Jufitri mengulas Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 mengenai cadangan had umur mengundi diturunkan dari 21 kepada 18 tahun yang dibentang untuk bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat 4 Julai baru-baru ini.
RUU bagi meminda Perkara 119 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan berkenaan dibentang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan cadangan pindaan itu akan membolehkan lebih ramai warganegara Malaysia layak mengundi dan memilih kerajaan selaras dengan sistem demokrasi yang progresif.
Beliau berkata, hanya sembilan negara di dunia yang masih meletakkan umur mengundi pada umur 21 tahun manakala majoritinya telah menurunkan umur mengundi antara 16 tahun hingga 18 tahun.
"Maka wajarlah Malaysia sebagai sebuah negara yang sudah mempunyai demokrasi yang matang untuk turut sama mengambil langkah menurunkan umur pemilih seiring dengan amalan negara lain.
MBM ketika ini sudah mula mengorak langkah dengan mewujudkan program Sekolah Politik MBM sebagai pendedahan kepada pendidikan demokrasi kepada belia khususnya ahli-ahli di dalam persatuan belia.
Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia sesi 2019-2021, Anwar Ridhwan Muhammad Azhari, 23, berkata kerajaan perlu mempersiapkan generasi muda dengan pendidikan demokrasi seawal di peringkat sekolah agar ia mampu dimantapkan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi.
"Secara peribadi saya menyokong usaha menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun. Namun kita perlu lihat perkara ini secara menyeluruh agar golongan belia lebih cakna mengenai sistem demokrasi dan situasi politik negara.
"Pendidikan yang memberi pendedahan kepada perjalanan demokrasi dan pilihan raya di negara ini hendaklah diberikan seawal mungkin agar belia yang akan menjadi pemilih kali pertama pada pilihan raya akan datang sudah bersedia dan mampu untuk menjalankan amanah dengan penuh rasa tanggungjawab," jelasnya.
Bekas Ahli Parlimen Belia Malaysia, Muhamad Farid Kamaruddin, 31, berpendapat penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun itu amat wajar dan ia akan lebih relevan sekiranya ditambah baik dengan proses daftar pengundi perlulah turut dibuat secara automatik.
"Saya kira landskap politik di Malaysia sudah bersedia dengan perubahan ini. Jika difikirkan soal kebersediaan warga belia di negara ini, pandangan saya kalau bukan sekarang masa yang sesuai, bila lagi?," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2019

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha berkata, selain itu ia juga selari dengan amalan demokrasi di negara lain yang menetapkan umur pemilih pada 18 tahun. - Gambar fail/Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.

TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.

Tradisi ilmu, pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa - PM
Tradisi ilmu dan pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa terutama dalam kalangan generasi muda untuk memastikan Malaysia mampu mencapai aspirasi ke arah menjadi sebuah negara MADANI.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.

Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang berkonsepkan moden, santai dan interaktif menarik lebih ramai pengunjung sekali gus membawa manfaat serta memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.

FPM@KL 2024 hidupkan semula warisan permainan tradisional
FPM@KL 2024 suatu pengalaman baharu kepada kanak-kanak dan generasi muda, yang kini lebih sinonim dengan gajet dan permainan virtual.