KUALA LUMPUR: Berada di Tahap 2 Pemerhatian (Tier 2 Watch List) dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang tahun 2023 merupakan satu pencapaian yang baik buat negara, kata Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Dalam satu kenyataan, Mohamed Nazri menjelaskan peningkatan ini merupakan satu langkah konstruktif oleh kerajaan Amerika Syarikat dalam menambah baik kerjasama hubungan dua hala dengan Malaysia.
“Peningkatan ini mengambarkan sifat keterbukaan kedua-dua negara untuk berbincang, memahami dan bekerjasama dalam menambah nilai kepada hubungan comprehensive partnership Malaysia-Amerika Syarikat yang bakal mencecah 10 tahun pada tahun 2024.
“Pihak Kedutaan Besar Malaysia juga akan terus memantau perbincangan berkenaan isu ini di Amerika Syarikat serta pelaksanaan usaha-usaha kolektif Malaysia dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang bagi memastikan cerminan pendirian negara adalah tepat di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau juga menegaskan, peningkatan tahap ini merupakan satu pemangkin bagi Malaysia untuk lebih strategik dan tegas sebagai respon kepada penemuan laporan ini.
“Berlandaskan kepada prinsip Malaysia Madani, saya berpendapat tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dalam jenayah keji ini.
“Mereka perlu dibawa kepada muka pengadilan berteraskan lunas perundangan sedia ada,” ujarnya.
Mohamed Nazri berkata, pihak Kedutaan Besar Malaysia sedia untuk membantu dan menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia melalui Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Ini terutamanya dalam memudah cara penyampaian yang tepat berhubung usaha-usaha Malaysia dalam menangani isu-isu yang digariskan secara holistik melalui pendekatan whole-of-nation tanpa kompromi demi keselamatan dan kedaulatan negara,.
“Saya percaya bahawa perkara yang sedang dalam pelaksanaan seperti Roll Out Garis Panduan Nasional mengenai Indikator Pemerdagangan Orang (NGHTI 2.0) yang dilancarkan pada 22 Mac 2023 turut menjadi kayu ukur kepada keseriusan dan komitmen tinggi Kerajaan Malaysia Madani dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang di Malaysia,” katanya lagi.
Beliau juga percaya agenda reformasi yang dibawakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyumbang kepada keyakinan Kerajaan Amerika Syarikat terhadap kemampuan serta komitmen Kerajaan Malaysia.
Pada 15 Jun lalu, laporan JNAS yang diumumkan di Washington DC telah meletakkan Malaysia di Tahap 2 Pemerhatian (Tier 2 Watch List) mengenai Pemerdagangan Orang tahun 2023.
Laporan ini berdasarkan peningkatan bilangan penyiasatan, pendakwaan dan sabitan kes serta pendakwaan terhadap penjawat awam, peningkatan bilangan mangsa, pelaksanaan usaha peningkatan kesedaran di sektor perladangan sawit, peningkatan bilangan latihan dan juga peningkatan perkhidmatan perlindungan dan sokongan kepada mangsa pemerdagangan orang.
Sementara itu, Laporan ini juga menggariskan 15 perkara penambahbaikan dan pelan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh Malaysia untuk penilaian tahun berikutnya iaitu mulai 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024.
Ini termasuk meningkatkan pengenalpastian mangsa dalam kalangan golongan rentan, pekerja domestik, pekerja sektor perladangan sawit dan sarung tangan getah.
Irwan Muhammad Zain
Sat Jun 17 2023

Mohamed Nazri menjelaskan peningkatan ini merupakan satu langkah konstruktif oleh kerajaan Amerika Syarikat dalam menambah baik kerjasama hubungan dua hala dengan Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Meningkat ke tahap 2 laporan JNAS satu pencapaian baik - Nazri Aziz
Mohamed Nazri menjelaskan peningkatan ini merupakan satu langkah konstruktif oleh Kerajaan Amerika Syarikat dalam menambahbaik kerjasama hubungan dua hala dengan Malaysia.

Kerajaan perlu lihat kembali sistem bawa masuk pekerja asing - Nazri
Hujah Mohamed Nazri, sistem sedia ada yang digunakan untuk membawa pekerja asing ke negara ini menyebabkan Malaysia berada ditahap 3 laporan JNAS

Penilaian laporan JNAS bersifat subjektif - Hamzah
Penilaian itu juga berpandukan perundangan Amerika Syarikat bagi jenayah pemerdagangan orang iaitu Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan dan Keganasan 2000 (TVPA).

KSM terus tambah baik inisiatif berkaitan buruh - Saravanan
KSM terus memberi perhatian terhadap isu perburuhan khususnya melibatkan pekerja asing selain melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap inisiatif sedia ada.

Kerajaan perlu tingkat usaha banteras jenayah pemerdagangan orang
Kerajaan juga harus menunjukkan peningkatan usaha dengan memperluas penyelidikan, pendakwaan, dan sabitan pemerdagangan orang.

Malaysia sasar tahap satu perangi pemerdagangan orang
Kerajaan menyasarkan penilaian tahap satu dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang menjelang tahun 2020.