Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.
"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.
Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.
Bernama
Tue May 21 2013
Tujuh maut dalam nahas pesawat di Philadelphia
Nahas pesawat ambulans udara itu juga menyebabkan 19 mangsa lain mengalami kecederaan.
Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024
'Pelaburan' Musk telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu Presiden AS.
Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.
Menteri Pertahanan Jerman tolak cadangan kenaikan perbelanjaan pertahanan NATO
Boris Pistorius berkata beliau tidak menyokong cadangan Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan dalam NATO.
Banjir Sarawak: Parlimen Sibuti rekod banjir terburuk dalam sejarah - Lukanisman
Jumlah keseluruhan mangsa yang berlindung di seluruh 62 PPS di seluruh Sarawak adalah 12,101 orang sehingga jam 6.30 pagi Ahad.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
DUN Johor pilih Lim Pay Hen untuk dilantik senator
Pemilihan Lim untuk menjadi anggota Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun itu dicadang Menteri Besar Johor.
Menteri, ADUN Sarawak terima kenaikan gaji
Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda.