SHAH ALAM: Babak panas yang dimuat naik pelakon Zul Ariffin bagi mempromosikan drama lakonannya yang akan ditayangkan pada Ramadan nanti turut mendapat teguran daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.
Idris menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu menyifatkan paparan itu sebagai melampaui batas dan ia perlu ditegur.
Justeru, beliau akan menghubungi pihak terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara tersebut boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.
“Hela nafas panjang saya.
“Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur,” katanya.
Pada Jumaat, nama Zul Ariffin menjadi ‘trending' berikutan satu video yang dimuat naik ke Instagram bagi mempromosikan drama lakonannya yang akan ditayang pada Ramadan nanti.
Babak tersebut didakwa menyerupai adegan dalam filem porno memandangkan Zul dan seorang lagi pelakon wanita sedang bermesraan dalam keadaan yang agak mengghairahkan.
Adegan berkenaan juga telah mendapat kritikan ramai dan ada merasakan apa yang dikongsikan pelakon 'macho' itu agak keterlaluan.
Mengulas lanjut, Idris berkata, hiburan tidak dihalang dalam Islam, namun tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi ia melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.
Jelasnya, industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin beliau ingin halangi tetapi jika ia mencemarkan fitrah dalam agama, beliau tidak boleh membiarkan ia berlaku tanpa dinasihati.
“Pada masa sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 19 2022

Idris menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu menyifatkan paparan itu sebagai melampaui batas dan ia perlu ditegur. - Foto fail/BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Yadim bantah, kesal penularan klip babak 'panas'
Soal tanggungjawab terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui setiap karya seni perlu menjadi perhitungan utama.

Adegan panas itu adalah rakaman versi kedua - Pengarah
Pengarah drama Ain Sharif berkata adegan bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

Menteri Agama tegur klip 'adegan panas' Zul Ariffin
Idris menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu menyifatkan paparan itu sebagai melampaui batas dan ia perlu ditegur.